sukanya latihan Marathon dari biasa-biasa ke luar BIASA minggu 3&4!

sukanya latihan Marathon dari biasa-biasa ke luar BIASA minggu 3&4!

Lama tak bercerita tentang latihan Marathon kami. Ko tahu tak, latihan marathon tu susah?! Yang paling susah adalah bab nak mendisplinkan diri untuk berlatih! Sebab banyakkkk sangat saat yang terasa seperti malas untuk meneruskan. Dan, kalau terus dilayan maka menimbulkan 1001 macam alasan. Sebab itu, bukan semua orang boleh bermarathon! Ia bukannya semudah yang disangka. Ini baru habis latihan minggu 4, belum lagi tengok latihan minggu-minggu seterusnya, memang menangis šŸ˜€

The Marathon is a journey

Kata-kata pujangga coach Sarah

Lihatlah kata-kata pujangga coach Sarah di atas. Ye, kami sekarang sudah officially mengambil pelatih professional. Selepas klinik larian PSY Jumaat 2 minggu lepas, kami nampak satu peluang, untuk betul-betul berubah ke arah mencapai target! Bak kata-kata sifuku, ‘Apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita tulis dan apa yang kita buat adalah satu DOA!’. Jadi, doa saja-saja adalah sia-sia tanpa usaha. Jadi untuk betul-betul menghayati perjalanan Marathon itu, dan dengan target kami yang nak sampai garisan penamat Madrid Marathon 26 April nanti di bawah 5 jam, kami perlu betul-betul serius dan berusaha!

Mula-mula masa di’saiko’ oleh Syafie untuk masuk Fool Marathon, dia berikan kami training plan yang agak mudah. Jenis walk/run rilek-rilek ‘bak itik pulang petang katanye!’ Sebab nakk sangat kitaorang ni buat Marathon yang sejauh 42.192km tu kan. Tetapi, selepas 3 minggu kami sama-sama ikuti, masing-masing terasa yang latihan ini terlalu mudah dan tidak langsung mencabar kebolehan kami (ecewah! berlagak!) . Bukanlah nak berlagak, sekadar menceritakan yang betul. Memang bila lari pun rasa macam tidak puas. Macam menurunkan kebolehan sendiri, padahal boleh push lagi. Jadi, bila kami dikenalkan dengan coach Sarah, kami ambil keputusan berani mati untuk berlatih dibawah pengawasannya.

Maka selamat tinggallah itik-itik berlari pulang petang!

Latihan minggu lepas sangat mencabar dan sejujurnya memang Ā lebih sesuai dan lebih meyakinkan kami untuk mencapai target. Kami bermua hari Rabu, coach Sarah sudah siap sedia menanti kami di Aspire (dekat-dekat fire sculpture yang aku taktahu nama tu). Di kedinginan malam, bermulalah kami dengan larian ‘warm up’ pada zone 1 katanya (aku rasa macam dah zone 3!). Tapi otak aku masih positif, macam yang dia cakap pun, untuk berjaya dengan lebih cepat, lebih baik berlari dengan orang yang ‘better performance’ dari kita, barulah kita akan push diri untuk maju setapak lagi.

ni la fire sculpture yang aku taktahu nama

ni la fire sculpture yang aku taktahu nama

Kemudian kami berhenti di kawasan yang agak berbukit untuk latihan pecut. Kali ni coach Sarah mengeluarkan wisel ajaibnya. Dia kata wisel ni saja je nak buat rasa ‘fun’ hahaha. Aku rasa cuak adala :P. Mula-mula kami diajar untuk buat funny walk selama beberapa minit, kemudian, kami di arah untuk berlari pecut sehabis laju yang boleh ke arah menaiki bukit, sehingga dia tiupkan wisel, barulah berhenti dan berjalan kembali ke bawah. Jadi, ada masaĀ dia tiup dan bagi masa yang lama untuk memecut lari, ada masa dia tiup, bagi masa yang sedikit saja untuk memecut. Boleh tahan latihan ni! Hahaha

Selesai, kami berjalan pula ke kawasan padang. Kali ini, disebabkan masing-masing baru first timeĀ bersama Sarah, dia minta kami lari 2 round sekeliling kawasan larian yang mungkin jaraknya dalam 1.2km satu pusingan pada zone 3/4 untuk dia dapatkan jangkaan kekuatan masing-masing. Jadi berlarilah kami sehabis baik! Seperti biasa, minah H tu laju je meninggalkan kami si pelari amatur :D. Akhirnya, selepas 2 pusingan, tiba giliran aku sampai ke Sarah, dia menghulurkan botol minuman air dengan kata-kata semangat ‘Good Job Yeen! Well done!’ dan bermacam-macam lagi (aku dah terlalu penat nak ingat! haha). Sememangnya dia coach yang bagus, tahu bilakala perlu memberi semangat, dan tahu bilakala mahu menegur. (Ko pun ok bab ni Pie :P)

Coach Sarah mengulas tips larian

Mendengar serius coach bagi tips larian

 

Selesai keempat-empat kami berlari, dia menyuruh kami berjalan perlahan-lahan untuk menurunkan heart rate. Sambil-sambil dia berkongsi kepentingan kenapa dia mahukan latihan sebegini. Dia turut memberi tips-tips permakanan, untuk memastikan masing-masing betul-betul bersedia. Dan yang menariknya dalam komen beliau ‘Lemak-lemak di badan kita sebenarnya cukup untuk dibakar berterusan untuk bekalan tenaga larian selama 21 hari berturut-turut! Walaupun untuk atlit yang paling kurus!’ . ‘Wow!’. Untuk proses cooling down, kami kemudian di arah berlari perlahan ke arah kereta (yang mana aku rasa macam laju zone 3 jek! haha)

Coach Sarah kemudian mengajar cara-cara streching mudah selepas larian. Kemudian, dia mula mengambil butir-butir diri untuk memastikan kami semua tiada masalah kesihatan. Sebelum bersurai, dia memberikan plan latihan seterusnya untuk jarak jauh dihari minggu, Long Slow Distance (LSD) kita panggil. 18 km pada zone 1, (13km pertama lari tanpa henti dan 5 km terakhir walk/run pada purata 5:1). Sesi coaching sebegini aku rasa agak rilek, dengan perjumpaan hanya sekali seminggu, dan pemantauan jarak jauh untuk sesi larian yang lain sudah memadai.

Berlari berkejaran dihariĀ minggu

Kami berjanji berlari dihariĀ Jumaat pagi sebab Sabtu ada eventĀ ColorRun. Jadi, dari seawal jam 5:30pagi, berkumpullah kami untuk berlari LSD. Kali ni, IlaM turut bersama, mungkin ada kot chance nak pujuk dia join buat Madrid Marathon bersama-sama hahaha. Sememangnya, larian jauh dan slow sebegini, perlu di buat beramai-ramai untuk menghilangkan rasa saiko dan penat. Bila berlari sambil berborak dengan kawan-kawan, 18 km berlalu dengan mudah! Rupanya, dalam tak sedar, hampir 3 jam kami berlari! From the break of Dawn until the rise of the sun! Terima kasih kawan-kawan yang menjadi pemankin semangat! Disebabkan korang, tak terasa langsung keletihan!

Pelari tegar Marathon

Pelari-pelari tegar Marathon

Selesai berlari, aku terus pulang ke rumah ambil budak-budak untuk berpiknik balik di Aspire. Piknik segera yang diajak oleh Z. Patutnya dibuat di Fuwairit, tapi sebab komitmen nak lari together-gether, buat di Aspire pun cukuplah. Sempat lagi berpiknik bagai kan? Malam tu pun sambung lagi majlis makan-makan birthday plak. See? I tell you, berlari bukanlah alasan untuk anda hilang masa dengan keluarga, atau hilang aktiviti sosial bersama kawan-kawan. Malah, ia sebenarnya menjadi gam untuk mengukuhkan lagi hubungan! Sebab tu I dah jadi suka. Jomla startĀ runĀ suka-suka.. nanti lama-lama sukaRUN! šŸ˜‰

Potluk piknik yang termeriah

Potluk piknik yang termeriah dari ‘ajak-ajak ayam’

-yEEn-

Friends.Laughter.RUN!

Comments

  1. lari 40 km lebih? hebat tu..

    mengingatkan saya pada Marathonman dulu pernah tengok kat youtube… dia boleh lari 12 jam setiap hari non-stop.
    ahmad recently posted…Flanking MarketingMy Profile

  2. Gulp.. jauhnya.. tempat saya tiada kawasan spesifik nak berlari.. itu yg kadang2 motibesi down sikit.. tapi nak juga jogging2 ni.. huhu
    Aretikz recently posted…Perlukah Baca Doa Bahasa Arab?My Profile

  3. Teruskan Yeen.. Memang keputusan tepat hire Coach Sarah

Trackbacks

  1. […] aku batalkan penyertaan. Tapi aku pikir, since kite memang kena lari 21km (sebagai sebahagian dari latihan untuk Madrid Marathon), baik lari je dalam event, dapat jugak medal kan dari lari kosong keliling Aspire. Tapi itula, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge