Sukanya Larian Standard Chartered di Doha, Qatar

Sukanya Larian Standard Chartered di Doha, Qatar

Dah lama sebenarnya tak berlari dalam race, training pun agak ke laut, tapi seperti biasa, tak takut nak join lari, sebab anggap macam latihan fizikal semata-mata, so lari jela slow-slow. Yang tukang register pun bukan aku, tapi my hubby yang sangat penyabar dengan isterinya yang kejap sejuk kejap panas dalam arena berlari hehehe.

Standard Chartered 10km Run

Standard Chartered 10km Run

Dear Mr.Ai hubby, Jangan risau, your wife ada semangat baru, insyaaAllah akan lebih improve in the future! Tengok naa blog pun harap2 u dah tau :)

Ye, saya dah re-brand my blog to be sukaRUN! Kerana saya nak share dengan lebih ramai kawan-kawan out there, apa perasaan jadi wanita, bekerja, ada anak-anak kecil tetapi masih mampu hidup aktif sihat, dan sebagai seorang muslimah juga ianya tidak mustahil! Moto dari keliling rumah, ke keliling dunia akan aku war-warkan ke dunia insyaaAllah :)

So, 13 Disember lepas, aku dah selamat berlari 10 km run, tanpa latihan yang betul, jadi larian pun memang slow mo dan tidak ada target untuk PB pun. Oh yeah, PB tu dalam perkataan orang berlari, personal best, kiranya berapa kelajuan larian terbaik peribadi kita la.. hehe.. mungkin ada yang target lari tanpa henti 10km, atau ada yang target lari 10 km dalam kurang sejam, semuanya terletak pada target peribadi masing-masing. Perlu sentiasa ingat yang tiada paksaan untuk melawan larian terbaik orang lain!  We just need to be better than our yesterday’s self! :)

Seronok sebenarnya bila tengok geng-geng pelari (kalau nak lebih specific, pelaristyloyo yang dulunya start dengan beberapa orang, dah berkembang jadi semakin ramai) kerana tergerak oleh motivasi berlari!

Kalau ada yang baru-baru terasa nak join berlari, jangan takut, aku jugak tak terer, tapi aku join jer.. blasah hehehe..

Semua benda bermula dengan one small step remember?

There’s always someone yang better akan berada didepan kita, tetapi kita tetap boleh menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dibelakang kita. Tengok saja pakcik Chris ni, sangat menginspirasikan! Kakinya tinggal satu, tetapi tidak pernah menjadikan satu penghalang untuk dia terus aktif!

 

Pakcik Chris kaki satu

 

Okla, nanti I sambung cite ok, malam pun dah tak berapa muda.. ngantuk.. esok nak bangun awal nak berlari :)

Good nite!

Yeen sukaRUN!

 

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge