sukaRUN4charity – Event larian amal untuk mangsa banjir bersama PelariStyloYo

sukaRUN4charity – Event larian amal untuk mangsa banjir bersama PelariStyloYo

Pagi Sabtu 3 Januari 2015, selepas subuh, kelihatan kelibat-kelibat seperti harimau Malaya berkumpul di Corniche, Doha, Qatar. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Inilah semangat orang Malaysia. Dalam masa tidak sampai seminggu, idea yang dicetus bekas kapten PelariStyloYo (Mohd Syafie Ahmad) dengan kerjasama sukaRUN.com berjaya menganjurkan acara larian amal sambil menderma untuk mangsa-mangsa banjir di pantai timur, Malaysia. Kerjasama pasukan yang komited, telah berjaya menarik perhatian beratus-ratus orang di media sosial. Malah, ada yang di Malaysia turut teruja untuk bersama-sama berlari sambil menderma, walaupun hanya dari jarak jauh.

PelariStyloYo

Yang lebih membuatkan kami terharu, ialah apabila sambutan penyertaan yang bukan sekadar menarik para dermawan Malaysia, malah turut menarik rakan-rakan lain seperti komuniti pelari Filipina, Singapura, Sepanyol dan juga yang berbangsa Arab. Tetapi, bukanlah semua yang hadir ke acara larian amal ini adalah pelari. Ramai dikalangan mereka yang tidak pernah berlari, tetapi sanggup turut hadir bukan sekadar niat untuk menyumbangkan wang, tetapi juga tenaga sebagai menghayati penderitaan mangsa-mangsa banjir di Malaysia.

Lebih membanggakan ialah, anjuran acara larian ini adalah 100% hasil dari budi baik para dermawan PelariStyloYo dan sukaRUN.com yang masing-masing menyumbangkan ikhlas minuman, makanan, kretiviti, tenaga, masa dan semangat untuk memeriahkan majlis dengan matlamat untuk menjadikan acara larian itu sebagai satu landasan untuk sambil sihat, sambil beringat.

Peserta-Sepanyol-larian-amal

Larian amal sebegini telah membuktikan, dalam masa memberi ikhlas, ia turut boleh dijadikan sebagai aktiviti sekeluarga untuk mengisi masa lapang secara sihat dan suka-suka. Sesiapa saja boleh bersama samada berjalan, berjogging atau berlari, mengikut keupayaan masing-masing. Berlari mungkin bukan untuk semua orang, tetapi, dengan larian, ia boleh membawa semua orang bersama! Lihat saja pelbagai aksi para peserta, yang muda, yang kecil, ibu mengandung, ibu yang beranak kecil, ayah, abang, adik, semuanya bersemangat untuk menghabiskan 3 atau 5 kilometer mereka. Malah ada yang sampai terseliuh di saat terlalu seronok untuk tiba ke garisan penamat!

cek-sumbangan-mangsa-banjir

Upacara larian yang bermula pada jam 7 pagi dirasmikan dengan kata-kata aluan bekas kapten PSY dan Diplomat Malaysia di Qatar, disertai senaman ringan memanaskan badan untuk semua peserta. Yang lebih mengujakan ialah apabila penyertaan dan derma yang tidak putus-putus sepanjang majlis berlangsung! Ada yang baru pulang dari kerja syif malam, masih mengagahan diri untuk hadir bersama keluarga. Yang datang dari dekat dan jauh, sama-sama turut serta , tidak mengira jarak, semuanya dengan satu matlamat yang sama, demi larian amal untuk mangsa banjir di Malaysia!.

Mother-with-small-baby

Stroller-pushers

Ibu sarat mengandung masih berjalan untuk menyokong acara larian amal mangsa banjir

Ibu sarat mengandung masih berjalan untuk menyokong acara larian amal mangsa banjir

Penutup majlis lebih meriah dengan aktiviti ‘Spot Prize’, dimana aktiviti soalan kuiz dijalankan secara berseloroh dengan hadiah-hadiah menarik sumbangan dari penganjur berupa barangan sukan yang dikumpul sepanjang penyertaan mereka di majlis-majlis larian. Di penghujung majlis, pihak penganjur yang telah bersedia menyerahkan hasil kutipan derma bernilai QR14,485 ke pihak Embassy Malaysia, terhenti oleh jeritan seorang peserta berbangsa Sepanyol yang mahu menambahkan derma terakhir kepunyaan beliau bernilai QR100, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan bernilai QR14,585, tiga kali dari target penganjur! Memang, mungkin bagi sesetengah pihak, jumlah ini adalah tidak seberapa, tetapi bagi kami, jumlah ini cukup bermakna kerana ianya menunjukkan permulaan kepada sesuatu yang lebih besar, dan ia membuktikan keperihatinan, kerjasama dan sokongan ramai pihak! Saya pasti, mangsa-mangsa banjir di pantai timur Malaysia juga turut berterima kasih dengan segala pemberian, kecil atau besar dengan tangan yang terbuka.

Semua yang hadir

Semua yang hadir

Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Hanya kerana anda, semua ini Berjaya! Jangan berhenti setakat disini saja, teruskan juga usaha anda untuk hidup dengan lebih sihat dengan meneruskan berlari! Jom sama-sama follow blog atau fbPage kami.. atau IG (sukarun_) untuk sokongan dan motivasi berterusan! Sudah pasti kita boleh lakukan :)

Till then,

Yeen 

.Love.Live.RUN!

 

Comments

  1. Thank you and well done sukarun.com and #PelariStyloYo for your commitment and enthusiasm in making this event a success.
    Running is sweeter when we do it for those who cant.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge