sukaNYA kisah: hatinya tertinggal di Istanbul Marathon part 2

sukaNYA kisah: hatinya tertinggal di Istanbul Marathon part 2

Ok aku tipu, patutnya sambung cerita semalam, tapi minggu ni aku cam agak busy melatih anak aku sebagai bersediaan dia nak masuk Triathlon kanak-kanaknya yang pertama (tercabar keww?). Cuak pun ada, sebab yela dia tak pernah masuk kan. So, maafkan daku.. tak update maksudnya tertido.. Hehe.. malam ni sambung cerita!

Menurut kisah yang diceritakan Mr.Ai, pada race day Istanbul Marathon..

Route Istanbul ni unik sedikit, sebab ia satu-satunya Marathon yang melibatkan 2 benua!  Bermula dari bahagian di benua Asia kemudian berakhir di benua Eropah! Fuhyooo! Gempak tak ingat kan? Semua pelari-pelari kelihatan sudah beratur bersiap sedia menanti bas untuk dibawa ke Bosphorus bridge sebagai starting point. Kalau nak tahu, hari tu, semua pengangkutan awam sudah dihentikan untuk memberikan jalan pada Marathon!

Keadaan disitu terlalu ramai manusia, toilet pun beratur panjang, ramai yang terpaksa kencing je disemak-semak. Itu yang masuk bab masa Mr.Ai (kantoi dia pun bisnes di semak) tengah ‘ehem’, tiba-tiba datang minah salleh ni dengan selamba melorotkan seluar untuk kencing di tepi semak, betul-betul disebelah dia. Mengucap bang Aji.. haha

PSY Lelaki di Istanbul Marathon

PSY Lelaki di Istanbul Marathon

Sejam lagi untuk bermula, masing-masing mula panaskan badan (warm up). Omm terpaksa berpisah, kerana dia di kategori 10km. Kak Diba (isteri Latif aka PSY manager) yang tidak masuk race, sanggup meneman dan menghantar latif ke garisan permulaan, dia kemudian turut berpisah.

Masa yang dinantikan akhirnya tiba! Bermulalah race!

SB sebelum berlari lagi dah set nak ikut pace larian Mr.Ai, jadi bila Ai ke kanan, dia mengikut ke kanan, Ai ke kiri, dia ke kiri.. hehe.. boleh follow dengan jaya. YJ dah selamat berlari sendiri dengan pace dia. Kami-kami geng PSY yang tengah bekerja di ofis di Qatar pulak, tak senang duduk dan sibuk membuat liputan langsung! Ikut je masing-masing punya tracking. Kalau nak tahu, dalam race-race international yang bertaraf IAAF Gold Label ni, selalunya ada gps tracking para pelari, so senang la nak monitor dari jauh, masukkan nombor bib je.

Semua orang berdebar, sebab Istanbul Marathon ni merupakan yang pertama buat SB, YJ dan Latif, manakala yang ke tiga buat Mr.Ai yang ada target untuk capai bawah 4jam 30 minit. So, whatssap group PSY haritu memang macam lintas langsung siaran tv haha, cuma dalam perkataan. Dan yang lebih memeriahkan, YJ asik menghantar gambar-gambar selfie di setiap 10 km larian hahaha. Terbaik!

YJ raja selfie istanbul marathon

YJ raja selfie Istanbul marathon

Menurut Mr.Ai, 5 km pertama masih ok, rasa sangat seronok berlari, view pun sangat cantik! Station hentian air pun bagus (ni mesti nak compare cite aku dekat Paris Marathon la tuu :P). Kira ala-ala melancong sambil berlari la ni.. jimat masa! :D. Route larian kalau mengikut review sememangnya sangat cantik. Berlatar-belakangkan Bhosporus dan Istanbul, kemudian melalui tempat-tempat sejarah seperti Blue Mosque dan Hagia Sophia!

IMG_3047

Selepas masuk 10km, Mr Ai rasa badan dah mula rasa panas, tapi berlari still ok, dia mula ambil gel energy pertama. SB pun nampak steady je ikut pace kelajuan Mr.Ai. Tapi selepas lebih kurang 13km, SB dah hilang dari penglihatan. Cubalah jugak dia jenguk sana-sini tapi langsung tak kelihatan, agaknya dah terpisahla, Mr.Ai meneruskan larian.

Pada 15km, masih berlari pada pace yang sama, hujan renyai-renyai mula turun! Tapi badan terasa makin sedap nak berlari! Pada 21km, tiba-tiba baru terasa macam darah dekat tangan tak lancar, mungkin disebabkan compressor lengan, tangan kiri mula kebas. Mr Ai terpaksa berhenti seketika untuk menanggalkan compressor, baru terasa lega. Dia kemudian mengambil gel energy kedua. Lebih kurang tak sampai 3 minit, dia sambung larian pada pace yang sama. Kaki masih terasa ok, lengan pun dah lega 😀

Istanbul-Marathon-Bhosporus-bridge

Keadaan di Bhosporus Bridge

 

25km, pace masih lagi ok. Bila tengok kiraan di jam Garmin, kalau maintain pace boleh sampai bawah 4 jam! Dia teruskan larian. 30 km larian masih ok, masa tu dah kena buat u-turn, baru bertembung dengan SB yang nampak gaya macam dalam kesakitan. Kemudian nampak YJ pula berlari.

35km, datang ujian kedua, tiba-tiba kedua-dua peha terasa kejang macam batu.. keras! Kaki dah tak boleh lari! Dia mula risau, macam mana nak gerakkan kaki ni. Tapi nasibnya baik, bila teringat ada bawa cream pemanas dalam poket belt. Dia terus menyingkap seluar untuk sapu cream ke dua-dua peha sampai ke lutut. Tapi bila cuba nak gerak, kaki masih keras, kaku. Hujan yang turun membasahkan peha, baru mula terasa panas effect cream.

Kebetulan, berdekatan situ ada station air, Mr. Ai mengambil air dan disimbah ke dua-dua peha. Makin panas! Dia terasa best! Kemuadian air diambil dan disimbah ke atas kepala macam mandi. Lepas tu, barulah terasa kaki boleh bergerak. 10 minit rasanya masa terbuang untuk cuba gerakkan kaki. Akhirnya dia dapat meneruskan larian pada pace yang agak slow.

Ilustrasi urutan

 

Selepas 38km, pace semakin laju, peha pun terasa semakin ok. Time ni agak memeranjatkan, tiba-tiba out of no where, ada seorang nenek tua dengan selamba potong dia berlari! Mr. Ai tengok jam, memang banyak masa terbuang, dah takde harapn nak buat bawah 4 jam, tapi dia meneruskan larian.

41km, sikit lagi nak habis.. ingatkan dah boleh gembira, Rupanya hancur luluh harapan! Di route terahir tulah, berdepan dengan bukit tinggi! Siap  berlari di atas jalan yang diperbuat dari caber stone! Cabaran sungguh yang mendengar ni pun. Peha dan kakinya mula terasa sakit kembali, tapi Mr Ai teruskan larian untuk habiskan sikitttt je lagi.

Masuk kawasan taman, kelihatan ramai supporter di tepi jalan menepuk tangan memberikan semangat. Dia yang kesakitan, meneruskan larian slow-slow. Dalam kepala sentiasa positif ‘Sikit lagi.. sikit lagi.. dah tak jauh! Nampak garisan penamat depan tuu je!’ Semangat datang kembali, dia kembali laju! Berlari terus menuju ke garisan penamat dengan penuh semangat sampai tak perasan Om menjerit panggil sambil ambil video.

Masa nak dekat dengan garisan penamat, ada host yang memegang mic menjerit-jerit memberikan semangat kepada pelari-pelari, dia siap bertanya dari negara mana asal, sampai giliran Mr.Ai, terus jeritkan ‘We have Malaysia! come! you can do it!’.

Kenangan Mr Ai di Istanbul Marathon

Tepat 4 jam 14 minit, Mr. Ai akhirnya sampai ke garisan penamat! Dengan rekod peribadi baru terbaik (Personal Best PB). Mengikut cerita. dia terasa sangat sebak, perasaan seperti nak menangis semua ada. Medal disarungkan diterima dengan perasaan bangga. Kaki kemudian kembali kejang! Nasib baik betul-betul di ending line ada khemah yang menyediakan tukang urut, beratur pelari-pelari untuk berurut.

Nasib menyebelahi Mr.Ai, hanya 3 orang beratur di depan, dan masing-masing hanya diberikan 5 minit masa urut. Lepas diurut, memang lega tak terkata. Selesai urut, terus keluar dan tunggu SB, YJ dan Latif. Cuaca masa tu rupanya 11 darjah Celcius! Mr.Ai menggeletar kesejukan. Sebab tak tahan sejuk, terus pegi minum hot chocolate di gerai berhampiran finishing line. Orang kedai yang kesian tengok Ai menggeletar kesejukan memberikan sehelai selimut :)

Selepas lebih kurang 40 minit, ternampak SB dan YJ berlari bersama-sama ke garisan penamat. Tidak lama selepas itu, Latif pula sampai. Selesai akhirnya perjuangan semua! Kami di Qatar yang memerhatikan dari jauh terasa sangat bangga dengan mereka semua.. kesemua mereka berjaya menghabiskan larian di bawah 5 jam! Ternyata training plan yang diikuti menjadi!

Syabas tahniah sekali lagi dari team sukaRUN! Anda semua memang sumber inspirasi!

PSY digarisan penamat Istanbul Marathon

Tunggu sambungan lagi kisah lucu selepas Istanbul Marathon.. (bukan bab surprise cinta hati je.. banyak lagi hehe)

-yEEN-

Love.live. RUN !!

Comments

  1. Pergh ~ memang power woo.. tahniah2.. hehe
    Aretikz recently posted…5 Tips Kuruskan Badan Mudah Tanpa Mengorbankan Makanan Kesukaan AndaMy Profile

  2. Best la.
    Saya suka baca coretan kat sini.
    Boleh buat inspirasi.
    Azeni Ahmad recently posted…Rambut Beruban Pada Usia Muda: Trend ataupun Bermasalah?My Profile

    • Alhamdulillah, terima kasih Azeni,
      happy bila tau ade yang enjoy penulisanku yang tak seberapa, makin semangat nak share 😉

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge