5 Sebab kenapa WAJIB suka berlari Marathon

5 Sebab kenapa WAJIB suka berlari Marathon

Semalam pergi raya rumah cousin, dia tanya soalan, kenapa korang lari? best ke?

Sesekali bila diaju soalan macam ni memang agak kelakar, pelik dan terpikir, tah apa kerja gila yang aku dan husband buat agaknya berlari sana sini keliling dunia. Bukannya di sponsor sapa-sapa, sendiri yang tanggung! Hahaha.. Tapi itulah, jawapan kenapa suka berlari marathon ni memang ikut seseorang tulah. Ada banyak sebenarnya kenapa kami suka berlari marathon, antaranya;

Berlari di Madrid Marathon April 2015

Berlari di Madrid Marathon April 2015

1. Berlari Marathon bagi alasan travel & run keliling dunia

Bermulanya kisah berlari ni sebab Mr.Ai tengok Pie yang asek berlari sana sini. Dari gemuk jadi kurus, dari slow jadi laju. Dia beri inspirasi untuk sihat secara fun. Fun dalam erti kata, bukan sekadar berlari disekeliling rumah, tapi dia buka mata menunjukkan ada peluang sebenarnya nak berlari ke sekeliling dunia. Eh best pulak. Tapi memang agak costly. Tapi kalau korang berminat nak tahu cara bagaimana kitaorang boleh tampung aktiviti larian ni dengan  perniagaan online sampingan, bolehlah teruskan follow blog ni. Satu hari nanti akan aku kongsikan.

2. Berlari bagus untuk kesihatan sendi

Mr. Ai sebenarnya disahkan ada slipdisc masa dia baru berusia awal 30-an. Ini menunjukkan, walaupun seorang yang aktif, pun boleh kena penyakit! Slipdisc ni terutamanya boleh attack orang-orang kerja pejabat yang long hours. Macam dia, kerja shift, selalunya duduk terlalu lama depan komputer, sampai dia tak perasan yang dah lama rupanya tak gerak-gerak.

Atasi sakit lutut dalam 5 hari

Berlari bagus ke untuk Sakit lutut?

Bila dah tak sakit menerusi sesi akupuntur, dia mula mencari aktiviti sukan yang sesuai dan kurang lasak. Cari punya cari, menerusi kajian dan teori sendiri, dia rasa larian agak sesuai. Sebab larian ni dikatakan menarik dan somehow betulkan tulang belakang dia, rasa makin cergas dan sihat. Wallahualam.

3. Berlari Marathon sebagai aktiviti sosial sihat

Aktiviti larian ni sebenarnya agak seronok. Lagi seronok bila makin ramai kawan-kawan nak join sama-sama berlari. Bila orang-orang beraktiviti sosial secara sihat, selalunya semangat positif pun semakin tinggi, dan secara langsung makin meningkatkan kesihatan.

4. Berlari bagus untuk kesihatan jantung & dalaman

Ini aku rasa ramai dah tahu. Sememangnya bila berlari kita akan melatih jantung kita pump lebih laju dari biasa, bila jadi macam tu, bermakna darah mengalir dengan lebih baik keseluruh tubuh badan kita. Nak nak kalau kita pecut sikit masa lari tu, lagilah masyuk.

Jantung sihat dengan Vivix

5. Berlari untuk kecergasan minda

Bila pengaliran darah jadi lebih baik ke seluruh badan, ini termasuklah ke otak, bermakna lebih banyak bekalan oksigen ke minda kita, so sebab tu kalau korang nak tau, lepas berlari mesti makin banyak idea-idea bernas yang kita dapat! Tak percaya cer cuba 😀

Ok, hari dah malam, nanti sambung lagi kalau ada ya.

 

sukaRUN in AidilFitri!

 

Comments

  1. Dengan berlari badan sihat dan juga ceria. Senaman akan membantu kita mendapatkan mood happy dan rasa bahagia sepanjang hari.
    nila anggraini recently posted…Elakkan Makan Berlebihan Di Musim Perayaan Agar Tetap SihatMy Profile

  2. la ni mmg kena byk run bila byk jemputan open house utk bakar lemak yang degil terutamanya yg tepu …
    Cetusan Minda recently posted…Derma Untuk Bersihkan Diri Dan Harta BendaMy Profile

  3. last berlari marathon ni masa sekolah rendah dulu .haha

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge