sukaNYA kena MAKAN nasik kalau tak nak GEMUK!

sukaNYA kena MAKAN nasik kalau tak nak GEMUK!

Berita baik kepada orang melayu Malaysia! Kajian terbaru menunjukkan orang paling kurus adalah orang yang makan karbohidrat paling banyak dan orang yang tergemuk ialah orang yang makan karbohidrat paling sedikit! Nasi adalah dalam kumpulan makanan karbohidrat 😉 Jadi, takyah risau kot nak makan nasik dah lepas ni?

Menurut kajian lagi, kebarangkalian terbaik untuk kurus dan kekal kurus ialah  apabila kita mengekalkan 64% pemakanan dari sumber karbohidrat untuk jumlah kalori harian sebanyak 361 grams. Ini lebih kurang dengan 100gram nasi putih! :)

gambar-semangkuk-nasi-putih

Kebanyakkan plan diet karbohidrat rendah mencadangkan hanya 30% dari jumlah kalori harian. Dan kadang-kadang, hanya 30 gm karbohidrat sehari! Kenapa dan bagaimana pengambilan karbohidrat membantu kita untuk kurus?

Fakta 1: Karbohidrat lebih mengenyangkan dari protein atau lemak

Makanan yng mengandungi karbohidrat sebenarnya bertindak sebagai penahan nafsu makan! Ini kerana ia lambat diproses berbanding jenis makanan lain, menyebabkan otak dan perut kita menerima signal ‘kenyang’ yang bertahan lebih lama.

Kajian dari Surrey University di United Kingdom menunjukkan pengambilan ‘resistant starch’ membuatkan pengguna makan 10% lebih sedikit kandungan kalori (lebih kurang 150-200cals untuk wanita) keesokkan harinya kerana kurang lapar. Karbohidrat ini juga menaikkan hormon satiety yang menghantar signal ke otak untuk bertukar kepada tidak lapar dan meningkatkan metabolisma.

slim down

Gamba: sheknows.com

Fakta 2: Karbohidrat mempercepatkan metabolisma

Karbohidrat yang tinggi kandungan ‘resistance starch‘ mempercepatkan metabolisma dan pembakar lemak semulajadi badan. Sepanjang proses ia bergerak menerusi sistem penghadaman, ia melepaskan sejenis asid lemak yang menggalakkan pembakaran lemak, terutamanya di bahagian perut.

Fakta 3: Karbohidrat membuatkan kita rasa puas dengan diri sendiri

Mereka-mereka yang berdiet semestinya akan rasa seronok berjaya menghilangkan berat badan dengan mengambil karbohidrat! Sebab ini pertama kali sesiapa saja menghilangkan berat badan dengan makanan yang seimbang, tanpa perlu memotong mana-mana jenis kumpulan makanan – Menurut Sari Greaves – dietitian and spokesperson berdaftar untuk American Dietetic Association.

Macam Kevin Zahri sendiri yang syorkan, makan nasi! Jangan lebih dari saiz satu penumbuk untuk setiap waktu makan.

gamba sumbangan: Kevin Zahri

gamba sumbangan: Kevin Zahri

 

Selamat mencuba!

 

sukaRUN in Ramadan!

***Artikel dari sumber rujukan: http://www.health.com

Comments

  1. Kalau tak mkn nasi…kadang2 rasa x kenyang 😀
    Tapi akan cuba kurangkan kuantitinya..
    Good info. Tq

  2. makanlah berpada-pada supaya kesihatan kekal terpelihara
    mrhanafi recently posted…Portal Groupsbest.net Kini Berwajah BaruMy Profile

  3. saya pun ada masalah terlebih berat badan, nmpknya saya setuju dengan idea makan nasi jangan lebih besar dari penumbuk tuh
    eBook Bisnes Online recently posted…An Honest Review of Niche GeneticsMy Profile

  4. kalau tak makan nasi mmg rasa mcm tak kena dan tak puas… Mungkin dari kecil dah biasa makan nasi..
    Hairul Hissam recently posted…Budaya Mengumpat & Mengutuk Hanya Beri Kecelakaan Pada Bisnes, Keluarga dan Diri AndaMy Profile

  5. nasi tak salah, yang salah orang yang makan.
    Suriya recently posted…5 Tips Kekal Kurus Selepas Beraya Supaya Tak Sia-sia PuasaMy Profile

  6. Jom makan nasi segenggam, sahut saranan Kevin Zahri…
    Noriza Rahman recently posted…Alhamdulillah, Sudah Berjumpa Pencuci Muka Yang Best!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge