Sukanya Kuasa Minda: Kisah Benar atau dongeng?!

Sukanya Kuasa Minda: Kisah Benar atau dongeng?!

Pernah dengar ‘Power of the mind’?

Bagaimana seseorang berjaya mencapai apa saja dengan hanya menggunakan kuasa minda sendiri. Sejauh mana kebenarannya? Atau adakah ianya kisah dongeng semata-mata? Ada kisah sebenarnya kenapa saya memulakan topik ini. Diatas rasa tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan yang telah dirasai sendiri. Walaupun mungkin apa yang saya alami sangat kecil jika nak dibandingkan dengan orang lain,

Al-kisah bagaimana saya terjebak ke salah satu kelas ‘kuasa minda’

Sejak kebelakangan ni, hati saya agak tidak tenang, tiada motivasi untuk meneruskan perjuangan, rasa murung, tiada semangat dan lack of passion. Tetapi setiap hari, saya masih tidak putus-putus berdoa agar dikuatkan semangat, diberikan motivasi agar tidak berputus asa. Alhamdulillah.. satu hari, ada kawan ajak saya menyertai kelas IMKK Dr.Azizan Osman, saya memang zero knowledge tentang beliau, tak pernah dengar nama pun.. dan lagiii la tak tahu pun ape menatang IMKK tu.

Tapi atas dasar nak ikut kawan, saya register je, walhal tahu dah, memang takkan pegi kot kalau kena balik Malaysia semata-mata nak join kelas yang saya sendiri tak tahu untuk apa. Saya terpancing untuk register sebab ada diskaun, lepas tu, member ni pandai-pandai kasi cadangan, ala kalau tak jadi balik, kita jual je tiket tu.. Nak dijadikan cerita, bila semakin hampir ke tarikh kelas, kami dikehendaki register penuh nama, dan tidak dibenarkan tukar nama selepas itu. (Saya found out tak boleh tukar nama, selepas dah register!). Semasa saya pulang ke Malaysia di bulan raya, saya ada membuat satu urusan bank, kemudian, urusan yang sepatutnya berjalan lancar sebelum ini, tiba-tiba bertukar rules, dan mengkehendakan kehadiran saya di branch, kerana ada sedikit ‘glitch’.

Dah sudah.. berhari-hari saya pikir, perlu atau tidak balik untuk urusan bank tu? Dan perlukah spend QR3600 untuk beli tiket, dan alang-alang balik je time IMKK? Last sekali, saya dan suami bersetuju untuk teruskan, saya balik seorang untuk urusan bank dalam masa IMKK berlangsung, so join jela kelas.

Hari pertama IMKK, saya sangat tidak selesa. Saya tengok sangat ramai manusia, beribu-ribu, dan tiada seorang pun yang saya kenal! Kalau nak tahu, saya seorang yang agak susah nak berkawan, tak reti nak ‘break the ice’. Saya mula gelisah, kelas sudah hampir bermula, kemudian keluar pula seorang instructor dengan lunakan lagu rancak, menyuruh semua peserta berjoget sama di atas kerusi! ‘Arghhh.. ape gile kelas ni? kelas motivasi ke? poyo!’ Saya berkata di dalam hati. Saya dengan segera mengambil iphone, taip message ke kawan saya yang sepatutnya pergi ke kelas tapi last-last dia tak dapat pulang pun bersama-sama.. ‘Ambience tak best, environment kelas pun semacam! Aku nak balik lepas break!’ Belum saya hantar message, keluarlah Dr Azizan Osman..

Sepotong ayat dia yang saya akan ingat sampai bila-bila yang membuatkan saya stay, dan teruskan sampai habis ‘Saya tahu, ada yang datang ni kena paksa, tak kira la, kena paksa dari isteri ke, diri sendiri ke, tapi saya mintak, berilah peluang pada diri anda.. habiskan kelas dan tengok apa akan jadi’. Saya tersentap.. kata-kata dia was spot on.. seperti membaca minda saya.. message yang dikarang di iPhone untuk kawan saya tidak jadi saya ‘send’, saya tutup iPhone, kemudian meneruskan kelas sampai habis!

Untuk anda mengetahui apa yang saya pelajari dan alami di dalam kelas, anda perlu hadir sendiri untuk rasa. Sejak saya beri peluang kepada diri saya untuk habiskan kelas itu, ada sedikit perubahan kepada diri, walaupun sedikit, tetapi saya dapat rasakan ianya akan membawa kepada something bigger very soon, insyaaAllah.

Power of the mindsAntara kejadian aneh yang saya terus rasai sendiri adalah beberapa ujian yang saya jalankan sejurus selepas selesai kelas.. saya gunakan teknik kuasa minda yang diajar, antaranya:

  1. Minta jalan keluar dari Mines dipermudahkan dan berjalan lancar kerana sebelum ini, saya akan stuck di lorong untuk keluar sekurang-kurangnya setengah jam! Selesai ‘meminta’ ada seseorang datang ke kereta saya, ketuk tingkap, saya sangat takut.. Orang tu tunjukkan, ‘Ikut sana nak keluar!’ MasyaaAllah.. jalan di sebelah sana sememangnya lebih mudah dan lancar!
  2. Saya tidak pasti berapa ‘cash’ di dalam purse, kerana sejurus selepas kelas, saya dah janji nak belanja keluarga saya makan, dan berjanji di Bandar Tun Hussien Onn. Saya cuma niatkan mengikut teknik kuasa minda agar wang saya cukup untuk belanja dieorang, MasyaaAllah.. sekali lagi amazed, bill makanan berjumlah RM397.50, dan apabila saya cek di dalam purse untuk bayar, saya ada cukup-cukup RM400!
  3. Esoknya saya ke AEON untuk mencari barang kiriman kawan, kemudian ternampak bahagian pakaian kanak-kanak. terus saya teringat seluar sekolah Maqeel yang berwarna maroon. Saya masih tidak hantar untuk tempah kerana tak kuasa nak pegi, jadi tempoh hari kerana ada sales di Qatar, saya beli sehelai dengan harga QR40. Jadi kerana tahu saya boleh dapatkan harga begitu di Qatar, maka saya niat mengunakan teknik kuasa minda yang diajar – seluar sekolah maroon size Maqeel berharga bawah RM30. Sekali saya pusing, nampak terus seluar maroon, tapi size besar.. saya jalan sedikit kemudian jumpa! Seluar maroon, size Maqeel! dan apabila saya tengok harga ‘RM59.90 tapi ada 50% OFF maka harganya jadi RM29.95!!!

Tidakkah kalau anda jadi seperti saya, anda rasa sangat takjub? Allah.. Maha berkuasa.. Aku bersyukur dengan nikmat-nikmatmu..

Ini hanya sebahagian dari banyakk sangat kisah yang saya sendiri alami selepas menghadiri kelas kuasa minda. Sememangnya Kuasa minda ini benar-benar wujud dan sangat sangat powerful! Ia bukan mitos atau donggeng, kita hanya perlu belajar cara, dan apabila berjaya menguasai, insyaaAllah, apa saja POSSIBLE!

marilah kita gunakan untuk kebaikan bersama, insyaaAllah..

 

Yeen

SID 913391

+974 55022452

+6012 2151970

yeen@sukavitamin.com

 

 

 

Comments

  1. think positive..the power of mind ..memang sukar untuk dijangka… semoga kehidupan kita dipermudahkan jalan di dunia dan akhirat
    rokiah recently posted…Pakej Kesihatan Shaklee TerbaikMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge