tak suka berLARI lagi… 9 sebab untuk kembalikan semangat yang hilang!

tak suka berLARI lagi… 9 sebab untuk kembalikan semangat yang hilang!

Kenapa agaknya ada masa kita rasa sangat sukakan sesuatu, kemudian ada masa pula kita tak suka? Memang lumrah manusia begitu aku rasa. Kalau ada sesuatu yang mencetus semangat kita, mesti kita terasa nak maju, maju dan maju.. tapi bila ada sesuatu yang mencuit hati, menganggu emosi kita, mesti kita akan terasa terkilan sedikit dan mungkin akan turut menjatuhkan motivasi diri. Aku menulis hari ini bukanlah sebab aku bersedih, tetapi aku menulis untuk cuba menaikkan kembali semangat seorang kawanku yang semakin hilang.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku dulu juga tidak sukakan larian. Sebab aku tidak faham betul-betul apakah kelebihan berlari itu berbanding dengan sukan-sukan lain. Aku main je futsal, netball, volleyball, ping pong, yoga, zumba segala, jadi apa perlunya aku berlari? Dah la tak best lari, sakit kaki, sakit badan, yang paling aku tak suka, sebab satu badan goyang-goyang kalau berlari. Kan?

Tapi lama-kelamaan, selepas 2 tahun aku dipaksa-rela berlari, aku mula sedar, wah.. sebenarnya larian ni sangat bagus. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk orang disekeliling juga. Kenapa aku rasa macam tu? Haa.. sebab beberapa perubahan diri yang aku nampak dan alami sendiri. Yang paling aku favourite, sebab yang ke 7.

Journey to a Marathon

1) Larian mendisplinkan diri

Disebabkan aku masuk event-event larian, aku terpaksa berlatih. Ya, mungkin latihan yang aku buat 2 tahun dulu agak tidak tepat. Kerana aku buat separuh hati. Aku berlari tanpa ada target yang jelas. Untuk siapa, untuk apa aku berlari, jadi aku hanya berlari suka-suka dan tidak langsung mencabar kelebihan diri. Tapi itu aku yang dulu, kini selepas sedar (lama tu nak tersedar!) aku mula mengambil berat bab latihan yang memerlukan displin diri yang tinggi.

Bagusnya bila dah ada set event, kita kena ada training plan, so, dah ada training plan, kita ada guide untuk bantu diri kita menjadi lebih baik dari semalam. Jadi aku nampak kelebihan di situ, displin, yang hanya diri sendiri mampu untuk tepati, tiada siapa di dunia ni boleh menggerakkan kita, melainkan diri kita sendiri.

2) Larian menguatkan mentaliti

Aku sebenarnya seorang yang sangat lemah dari segi mentaliti. Aku cepat mengalah. Aku cepat takut. Aku sentiasa berpikiran negatif! Ya, jangan tak percaya, itulah sebenarnya diri aku yang lama. Tapi sekarang, jangan terkejut dengan perubahan aku. Seorang yang sudah yakin pada diri, seorang yang bermatlamat jelas, seorang yang sudah sedar, apa sebenarnya role aku dalam kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi.

Larianlah yang membantu aku menguatkan mentalitiku. Aku selalu berpegang pada pesanan mentorku, ‘Orang yang berjaya, dia lakukan sesuatu, buat yang terbaik, sampai habis!’

3) Larian sentiasa mencabar kebolehan diri

Selama aku hidup, aku selalu ada rasa rendah diri dan takut untuk bertindak. Sebab takut dan risau apa orang kata. ‘Kang aku buat ini ini, orang cakap macam bagusss je’ So camane? Semua tu suara-suara kecil yang memang selalu mencuba untuk menjatuhkan diri kita. Dengan larian, dan training plan yang diberikan, aku dapati setiap kali aku berpeluang untuk cabar kebolehan diri. Contohnya kalau minggu lalu kena lari 25km, minggu ini 27km. Kita akan terpaksa untuk cabar diri untuk pergi jauh sedikit dari rekod yang lepas. Selepas berjaya, kita akan terus terasa puas. Rupanya kita BOLEH! Cuba tengok video yang diterbitkan sahabat kami ni untuk mendalami apa yang aku maksudkan. Sungguh menginspirasikan!

Journey of my life. A transformation. from Bullart on Vimeo.

4) Larian tidak memerlukan gajet yang canggih

Dalam banyak-banyak aktiviti sukan, larian merupakan satu aktiviti yang tidak memerlukan apa gajet sekali pun untuk bermula. Ya, memang banyak gajet untuk bantu, tetapi semua itu bukan keperluan, hanya kemahuan. Mungkin paling penting pun, kasut larian yang canggih jer, tapi kalau tak canggih pun, tapi kalau selesa, masih ok untuk berlari!

Run as you please! Lari je! tak yah pikir panjang :)

5) Larian boleh dilakukan dimana saja

Lagi satu faktor terpenting yang buat aku suka sangat dengan larian ialah kerana aku boleh lakukannya dimana-mana saja aku berada. Inilah yang ditekankan suamiku sebenarnya. Aku sering marah Mr.Ai satu waktu dulu, bila dia tiba-tiba dah register dan paksa aku berlari di Morib Fun Run la, di PJ Fun Run la, semasa persinggahan sebentar kami di Malaysia untuk bercuti. Aku sering cakap ‘Ape ni? Orang nak holiday, cuti-cuti di Malaysia, napa perlu pergi berlari pulak?’ Aku stress.

Tapi, sekarang, aku nampak. Kesukaan Mr.Ai pada larian dan ketagihan pada medal rupanya kerana semangat kesukanannya yang sedia tinggi. Dia memang sportman sejati. Kini, dengan transformasi aku sebagai seorang yang lebih positif, aku lebih menghargai usaha dia. Aku pula duk godek pc cari event-event larian sampingan yang boleh aku join, tapi sayang takde pulak.

Larian di Putrajaya

Yang paling geram, selepas aku mendaftar untuk ‘Marathon Madrid (42.195km)’, yang memerlukan larian jauh setiap minggu, 20km, 21, 23, 25, 27km dan terus meningkat sehingga hari race nanti, tiada pula event half marathon yang dekat-dekat yang boleh aku join. Terpaksalah berlari sendiri di Aspire park. Kalau tak, boleh jugak collect medal kan? hehehe.

Tapi itulah hakikat larian, dalam latihan full marathon aku, tidak kira dimana aku berada, walau di Gambang sekalipun, aku tetap teruskan larian. Tiada alasan, tiada sekatan. ‘Run to where your feet takes you!’

6) Larian merupakan platform untuk aktiviti seisi keluarga

Seperti yang aku cakap, larian ni aku suka sebab boleh dilakukan di mana saja. Yang lagi satu bagus, larian ni sangat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Tidak kira usia. Anak aku yang kecik-kecik (memang lumrahlah kot, suka lari) memang suka je berlari. On your mark, get set, GO! lari je semua bertempiaran, comel gile especially si Mishel hehehe. Kalau tiada event sekali pun, boleh saja berlari-lari di sekeliling tasik :)

Pelapis pelari

7) Larian menarik lebih ramai kawan positif

Haa.. inilah favourite reason aku. Larian ni, selepas lebih 2 tahun aku berkecimpung, aku nampak sangat bagus, sebab ia menarik lebih ramai kawan-kawan positif. Geng kami, yang kami gelar PelariStyloYo, kebanyakkannya di sertai oleh pasangan suami isteri, dan mereka semua sangat baik dan sangat supportive. Jadi banyak sangat aktiviti sampingan yang kami boleh lakukan bersama-sama. Tidak hanya terhad pada aktiviti larian.

Sudah menjadi lumrah, untuk kami meluangkan masa bersama, camping, makan-makan, sampaikan lunch pun selalu buat impromptu di office. Alhamdulillah, kerana mentaliti positif, masing-masing tidak mempunyai konflik.

8) Larian bantu jadi sihat cergas, malah menguruskan badan!

Salah satu kebaikan yang agak obvious. Sememangnya aktiviti larian ni, membantu menyihatkan badan kita. Kalau nak kurus, boleh. Tetapi tetap kena jaga makan. Sebab tu aku sediakan ebook ‘B.E.E the new you’ di sidebar sebelah untuk korang download. Percuma je, untuk korang jadikan guide, macam mana nak kurus dengan berlari. Kena faham konsep larian dan balance dengan pemakanan kita. Tak boleh belasah. So, kalau nak cuba, bolehlah download ok. Aku share ikhlas untuk tolong orang :)

Seminar Bagaimana menjadi Fit & Stylo muslimah

Kalau ada yang semangat, nak fahamkan lebih lanjut pasal konsep lengkap ni, korang boleh juga cuba join seminar aku, yang terdekat dijadualkan 28 March 2015 ni. Tapi untuk permulaan ni, aku mula dulu dengan kawan-kawan di Qatar, insyaaAllah akan aku bawa ke Malaysia soon. Doakan ye.

9) Larian sebagai hobi yang terbaik

Sebenarnya, yang lebih menarik ialah bila kita mula beranikan diri untuk berlari dalam event. Cuba je daftar larian di mana-mana event fun run. Nanti korang akan faham. Sebab berlari sendiri-sendiri di keliling rumah, dengan berlari beramai-ramai di event race sangat berbeza. Lumrah sebagai manusia agaknya, bila tengok orang tu boleh, mesti dia pun turut teracabar untuk membolehkan diri, sebab itulah tercipta rekod-rekod PB terbaik semasa race. :)

Lepas tu, dapat pulak kumpul medal, memang terbaiklah kan? Cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri ‘Ada ke peluang kau nak wakil Malaysia pergi ke event sport antarabangsa?’ hehehe sememangnya tipis la kan. Larian sebagai hobi jela peluang aku dan kawan-kawan ni merasa ‘wakilkan’ Malaysia di mata dunia 😉

Jadi, bagi kawan-kawan pelariku yang tiba-tiba rasa down, low motivation, ingat balik, ‘Kenapa kau start dulu? Kenapa kau sign up untuk event race tu? Apa target kau?’ Kalau untuk menunjuk-nunjuk, aku nasihatkan, berhenti. Tapi, kalau untuk mencabar kebolehan diri sendiri, yes.. please continue! Kami di sini sedia membantu, mejadi rakan larian, sama-sama memberi sokongan. You can DO IT! HABISKAN!

Teruskan you.. sikit lagi..

Teruskan you.. sikit lagi..

Kadang-kadang kita rasa susah nak capai sesuatu yang di luar kemampuan biasa kita..
Sebab itu kita perlukan sokongan..
Sebab itu kita perlukan teman..
Pemberi semangat..
Mentoring for the better
Tak pernah terpikir nak lari half marathon 21km dulu, 5km atau 10km pun tak pernah ade hati nak lari.. Tapi sekarang, terjebak masuk pulak full marathon, yang trainingnye melibatkan larian 20, 21, 23, 27, 29km, 30km dan meningkat setiap minggu! Siapa nak sangka.. Rupanya bila kita cuba keluar dari comfort zone, kita sebenarnya mampu melakukannya! Semuanya di mentaliti kita..

Say I ‪#‎sukaRUN‬ !
Jadikan ia doa untuk kejayaan!
Salam Jumaat penuh barakah!

-yEEn-

RUN, and the world will RUN with you..

Comments

  1. aku pernah nonton film western yang kerjanya berlari terus mencari jati diri seorang pemuda yang mengidap keterbelakangan mental tapi akhirnya berhasil dalam hidup
    islam di dadaku recently posted…Mesjid-Mesjid Cantik Di IndonesiaMy Profile

  2. Hidup ini memang satu pelarian untuk mencari maksud kehidupan…Teruskan selagi kita mampu…Sebelum dipanggil yang Satu..
    SaniYunus recently posted…Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.My Profile

  3. MJ meman tabik pada sesiapa yang minat berlari ni, maksudnya mungkin menyertai aktiviti larian. Hasrat di hati ada tapi selalunya tak menjadi kenyataan nak buat hehehe
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Saya Bukan Cikgu..My Profile

    • Dah ade niat tu.. cubala.. mane tau boleh.. cer download dulu ebook plan larian tu.. buat suke2 no pressure 😉

  4. Respect dengan bro yang consistent. Walaupun tidak menang tetapi untuk pencapaian diri sendiri sudah puas hati.
    akubiomed recently posted…Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelakMy Profile

  5. Dah lama tak berlari ni..selalu duk menari aje dengan isteri..hahaha..
    Hafizul recently posted…Betul-Betul Tak Ada MoodMy Profile

  6. Betul.
    Berlari memang best.
    Saya biasa berlari (jogging) di sekitar dalam kawasan UTM / kawasan hutan bandar yang khusus untuk riadah.
    Kalau tak nak penat, saya biasakan mengambil nafas & hembus nafas melalui hidung. Jika penat sekalipun saya jarang berhenti selagi tak capai target (minimum 15 – 20 minit) & perlahankan langkah/ kecilkan langkah tanpa berhenti.

    Menarik & berminat juga nak tahu tips dari seminar yang Yeen anjurkan tu :)
    zaleha recently posted…Sekitar Hari Pertabalan Sultan Johor-DYMM Sultan Ibrahim 23 Mac 2015My Profile

  7. betul sangat setuju. Berlari memang best & banyak faedah.
    sy amalkan bernafas (tarik & hembus) melalui hidung jika taknak mudah rasa penat.
    mesti banyak tips yang Yeen kongsikan dalam seminar tu kan?
    menarik & rasa nak tahu juga tu :)
    zaleha recently posted…Sekitar Hari Pertabalan Sultan Johor-DYMM Sultan Ibrahim 23 Mac 2015My Profile

    • Thanks zaleha.. insyaaAllah. doakan berjaya anjurkan seminar di Malaysia soon.. tak sabar nak kongsi ilmu :)

  8. Memerlukan keazaman yang tinggi.
    Mengapa kita buat benda tue kan.
    Paling penting suara kecil kita tue jangan dibiarkan negatif.
    Rasa excited lak untuk marathon kat madrid. :)
    AZENI AHMAD recently posted…Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

  9. Yeen. Thnx sebab tulis ni. I pun dah 3 bulan tak lari/aerobik sebab sibuk gila. Entah apa yang sibuk pun tak tau. Memang bila da yang menjentik rasa tu, kita mudah give up. Bestnya u wakil Malaysia gitu. Ok nak lari jugak.
    diana recently posted…Tip deko ruang terhad @ sempitMy Profile

  10. Ayah najmi dulu suka lari asrama hehe last2 kena gantung sekolah seminggu huhuhu..
    Ayah Najmi recently posted…Merawat Masalah Sembelit Anak Yang Teruk Secara Semulajadi Tanpa UbatMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge