Sukanya idea sambut anniversari bawah RM100 di hari Malaysia!

Sukanya idea sambut anniversari bawah RM100 di hari Malaysia!

8 tahun dulu, tarikh 16 September belum lagi diistihar sebagai cuti umum. Tapi, sebenarnya semua tahu, tarikh itu, pada tahun 1963 adalah hari penubuhan Malaysia, di mana Utara Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura bergabung dengan Tanah Malaya untuk membentuk negara Malaysia yang kita kenali sekarang. Kalau nak kenal lanjut tentang sejarah menubuhan, bolehla baca di sini: Penubuhan Malaysia.

Tarikh spesel ni sebenarnya adalah tarikh pernikahan saya, bermulanya kehidupan baru sebagai seorang isteri hehehe. Seronok, akhirnya dijadikan tarikh cuti umum (about time!) maka mudahla nak ingat anniversary. Takut jugak kalau-kalau terlupa dan terlepas 😀

Apa korang buat kalau anniversary jatuh pada hari Malaysia?

Hmm.. buntu, satu sebab kiteorang bukan ada dekat Malaysia pun.. hahaha so, tarikh ni tak cuti pun :(

Yang kedua, bab hadiah. Patut atau tidak kita beli hadiah yang super special? Kalau patut. APA? grrr..

Lapan terasa begitu sekejap, tau-tau anak pun dah tiga. Maka, aktiviti nak berbulan madu ke luar negara pun terpaksa dikurangkan atas kengkangan wang hehe.

Paling-paling senang, keluar makan dinner. Nasib kami agak baik, ada pembantu rumah, makan bolehla keluar dating tengok midnight ke kan.

Saya pasti, ramai yang buntu jugak nak buat apa masa cuti esok, apa kata kita senaraikan idea-idea yang tak pernah terpikir nak buat masa anniversary di hari Malaysia? Jom!

hari Malaysia anniversary kawen

Berlari Marathon sama-sama

Sejak setahun lebih yang lalu, suamiku dah gila lari marathon. Jadi, ini antara idea yang agak bernas. Bak sambil menyelam minum air. Tapi masalanya, seperti yang saya cakap, esok pada kami bukan cuti umum. Bagi korang-korang yang lain di Malaysia, bolehla cari mana-mana larian marathon yang ada. Kebiasaannya larian Marathon ada terbahagi kepada beberapa kategori, 10, 21 dan 42.6 bukan meter, tapi kilometer :D. Dan perlu mendaftar terlebih dahulu, (sebulan dua sebelum tarikh). So, kalau dah tak sempat tarikh 16 September 2014, mungkin boleh juga daftar untuk bulan-bulan seterusnya, printkan pendaftaran, taruk dalam kad ucapan, dan tulisla kata-kata romantik seperti ‘You Run, I run’ 😀

Masak dan surprisekan pasangan anda!

Hari cuti, biar pasangan kita tido, dan kita bangun awal untuk masak sedap-sedap makanan kegemaran suami/isteri dan masukkan kedalam kotak hadiah, berikan sebagai sarapan di atas katil! Lepas kenyang makan, jangan lupa untuk selitkan set kurus Shaklee, katakan I sayang you, taknak you gemuk. 😀

Kolaj gambar keluarga

Ambil gamba-gamba lama, (lebih bagus kalau dah print), potong-potong dan tampal pada kadboard, lebih kreatif lagi jika ditampal menjadi bentuk hati seperti dibawah. Kalau suami yang buatkan untuk isteri, kompem cair hehe. Kalau tak sempat, boleh jadikan ini sebagai aktiviti untuk bersama-sama di hari cuti, potong dan tampal sama-sama, lagi romantik!

hadiah hari malaysia

idea jimat hadiah anniversary

Edit video ucapan istimewa untuk suami/isteri

Ini paling jimat. Yang mahal hanyalah idea dan masa yang digunakan untuk menyunting video. Tidak semestinya buat video ucapan,  boleh juga buat video kompilasi kenangan bersama sejak dulu-dulu hingga sekarang. Tapi, cuba pastikan kerja-kerja editing dibuat lebih awal dari tarikh anniversary, kerana prosesnya makan masa. Nak tengok contoh video yang I pernah buat untuk my hubby? Boleh tengok bawah.. hehe tapi tolong jangan gelak.. ini edit cincai sebab tak sempat 😀

Our winter sonata from Maszleen Ramli on Vimeo.

Ok, rasanya itu saja idea gila-gila yang terpikir untuk sambut anniversary di hari Malaysia esok! Selamat mencuba! :)

Psst.. untuk set hubungan intim cinta suami isteri, boleh hubungi saya.. pasti tersengih hingga telinga dan menjadi kenangan abadi!

Love till Jannah.. insyaaAllah

Yeen

SID 913391

Tel (WA) 012-2151970

yeen@sukavitamin.com

jadi ahli shaklee

 

Comments

  1. Selamat menyambut hari Malaysia dan selamat sambut anniversary, tiap-tiap tahun meriah aniversary sebab cuti.
    Denaihati recently posted…Tun Dr Mahathir pandu Proton IrizMy Profile

  2. Selamat Menyambut Hari Malaysia:)
    Rokiah recently posted…Selamat Menyambut Hari MalaysiaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge