Sukanya hari raya AIdilAdha di perantauan

Sukanya hari raya AIdilAdha di perantauan

Malam tadi berjaga sampai selewat 2 pagi, pre-raya di rumah kawan. Di Qatar, memang lazimnya kebanyakkan aktiviti hanyalah berkunjungan ke rumah kawan-kawan dan bersembang haha. Di rumah sendiri takde bersiap apa pun, ini disebabkan sudah ada 2 jemputan di pagi raya, kemudian satu lagi disebelah tengahari. Kalau masak nanti takut membazir pula. :)

Di perantauan, saya rasa hari raya sangat meriah, kerana masing-masing akan cuba sehabis baik untuk membawa suasana beraya di Malaysia ke sini. Makanan pun semuanya seperti kami tidak berada di luar negara. Alhamdulillah.

Macam-macam resepi versi perantau dicipta, lemang yang dibalut alumiun foil, nasi impit yang dihimpit dengan buku-buku haha you name it, you’ve got it!

Selamat menyambut hari raya AidilAdha

Selamat menyambut hari raya AidilAdha dimana saja anda berada!

Untuk raya AidilAdha kali ini, rumah saya dijadikan port untuk berkumpul, kawan-kawan semua bersetuju untuk bawa makanan masing-masing secara potluck. Mesti meriah :) Tuan rumah hanya menyediakan sate untuk dibakar beramai-ramai.

Okla, nak bersiap untuk pergi open house ni, Selamat hari raya AidilAdha korang! Dah makan banyak-banyak elakkan kolestrol dengan menelan 2 biji Phytocol-ST dulu ok? 😀 Atau ambil Omega 3 biji selepas makan hehehe.

Enjoy video lagu raya yang dah lama buat ni haha..

Raya di perantauan.. oh Yeah from Maszleen Ramli on Vimeo.

 

Yeen SID 913391

+6012-2151970

yeen@sukavitamin.com

+974 55022452

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge