sukaNYA kisah Half Marathon terPANTAS di RAK UAE

sukaNYA kisah Half Marathon terPANTAS di RAK UAE

13 Februari 2015 tarikh yang ditunggu . RAK (Ras al-Khaimah) Half Marathon merupakan acara yang dinantikan oleh semua pelari di dunia. Ia dilabelkan sebagai “The World’s fastest Half Marathon” kerana permukaan dia mendatar dan tiada bukit.. Disini la ramai pelari-pelari melakukan Personal Best masing2.

Seperti biasa kami di”saiko” oleh coach kami Syafei untuk mengikut dia berlari di acara ini. Akhirnya termakan pujuk rayu kawan-kawan semua yang mendaftar kali ini Syafei, Aku, Ashran, SB, Nik, YJ, Abe, Latif, dan Kuberan. Ini merupakan kontigen terbesar dari PSY menyertai acara di luar Doha.

PSY dan HM RAK

Latihan telah dilakukan selama 12 minggu. Hati masing2 berdebar lebih2 lagi untuk Abe, Kuberan dan Nik merupakan acara pertama bagi mereka yg bertaraf antarabangsa.

Aku berlepas dari KL ke Dubai pada 11hb feb kerana mempunyai urusan penting di KL. Kawan2 yang lain bergerak dari Doha pada 12 feb. Aku telah menempah sebuah kereta sewa di Dubai Airport dan menanti rombongan dari Doha sampai. Oleh kerana ramai, Syafei juga menempah sebuah lagi kereta sewa untuk berangkat ke RAK.

kontigenPSY

Perjalanan Dari Dubai ke RAK mengambil masa 1 jam.

Nik , SB dan Aku satu kereta,

Syafei, YJ and Abe satu kereta.

Ashran akan bergerak sendiri dengan kereta sewa dia selepas menghantar keluarga dia ke airport selepas selesai bercuti di dubai.

Latif , Kak Diba dan Kuberan bertolak agak lambat sedikit dari Doha kerana urusan kerja.. so mereka akan bergerak sekali dari dubai. Sampai saja di RAK, kami berjanji berjumpa di Manar Mall untuk Lunch dan mengambil “Race pack” dan sambil berselfie.

YJ-Pie-Abe  SB-Aizal-Nik  Latif-Kuberan

Selesai mengambil “race Pack” kami menuju ke Double tree hotel untuk check in. Hotel ini memang mahal, dinasihatkan menempah seawall yang mungkin mendapat harga yang murah. Malam kami turun untuk “carbo loading” dan mendengar tips2 dan nasihat dari coach syafie.

PSY-RAK-selfie

Aku bermalam sebilik dengan Bulat, tetapi dukacita dimaklumkan dia membuat keputusan untuk tidak menyertai larian ini kerana masalah kesihatan. Dia demam panas dan lutut dia masih belum pulih 100%. Tepat jam 6pagi semua berkumpul di Lobby Hotel untuk bergerak ke Garisan permulaan. Sampai disana ramai tengah melakukan senaman ringan.

Tepat jam 7am kami semua dilepaskan. SB dan Abe telah memberitahu yang dia akan cuba mengikut aku sejauh yang mereka boleh. Aku setuju je.. 5km pertama masih ok, badan baru nak start panas. Abe dan SB masih dibelakangku.

à Video animation route RAK

Temperature pagi sangat cantik. View dan pemandangan di RAK pun sangat indah. Aku melajukan larian. Teringat malam tadi masa makan Coach Pie suruh buat bawah 1jam50min. Dia suruh cuba maintain pace 5min 08saat. Bila tengok jam Garmin average pace skrg 5min 15sec.

Aku lajukan sikit larian, average pace dah berubah ke 5min 8saat. Aku kekalkan kelajuan ini semana yang boleh. Abe masih lagi berlari disebelahku, bila tengok ke belekang SB dah hilang. Aku ckp kata Abe, jom ikut aku sampai habis.. dia cakap ok. Sampai KM ke 8 rasanya, Abe mula perlahan dan berlari mengikut pace dia. Aku teruskan lari. Yang menarik tentang RAK Half marathon ni, setiap KM akan disediakan pintu gerbang dihaiasi belon2 sebagai tanda melepasi 1KM lengkap.

PSY-RAK-start

Jadi mata sekarang tertumpu pada jam dgn melihat Average pace dan Heart rate . Heart rate aku kekal 175. Selepas melepasi U-turn di KM 7.. aku Nampak SB di sebelah jalan dan melambai tanda memberi semangat.. Aku teruskan larian.. sampai tiba-tiba ada seorang “American” ni datang menyapa dari belakang.. “hey Bro, I like your running style. I keep following you from beginning. “

Wah.. ada member teman lari, Nampak berumur dan dia cakap umur dia 65 , Terperanjat beruk wei.. lari steady macam orang muda. Kami pun berbual sambil berlari lebih kurang hampir 4 KM. dan dia cakap dia nak kejar kawan dia.. so dia pecut .. Tercabar beb.. apa lagi cuba la ikut orang tua tu.. tapi larian dia memang konsisten laju. Rasa pace dia dalam 4min 55saat.

PSY-RAK-finished

Sampai di KM 18 di situ pertemuan jalan dengan KM 14 . Sempat berselisih dengan Nik.. macam biasa ankat tangan memberi semangat. Dalam kepala masa tu dah fikir nak habis.. tingal sikit je lagi.. penonton dah makin ramai tepi jalan sambil menjerit dan memberi tepukan semangat.

Dah nak sampai KM 20, jam menunjukkan 1jam 44min. Ehh rasa boleh ni buat bawah 1jam 50min.

Lari sehabis yang boleh sehingga ke garisan penamat sempat melambaikan bendera kecil Malaysia dengan bangga. Alhamdulillah tercapai jugak impian PB baru. 1jam 49min 14saat

RAK-PSY-2

Malaysia BOLEH!

 

Tips: Bila sampai di garisan penamat buat la aksi possing yang hebat.. disitu banyak camera sedang menanti.

Terjumpa coach pie, dengan bangga dapat mencapai target yang dia suruh.. Dia pun tumpang gembira . Tidak lama kemudian semua pelari PSY yang lain sampai ke “finishing line” semua gembira sebab ramai berjaya capai PB baru.

Enjoy video kami di RAK Half Marathon! Fastest half marathon on earth!

SukaRUN in RAK Half Marathon with PelariStyloYo from sukarun on Vimeo.

 

I see, I do, I RUN!

-catatan istimewa dari Mr.Ai-

Comments

  1. Tahiah Aizal. Big improvement. Keep up the good work. Next year you should be able to run a HM between 1:40 – 1:45.

  2. Salam singgah kembali!

    Serius tak ingat bila kali terakhir saya berlari macam ni ya…. Lari setempat pun dah lama tak buat ^_^ Respek kat orang tua umur 65 tahun tu, kencang lagi berlari. Saya ni baru sepuluh langkah dah semput. Lebih baik minum teh tarik kat kedai mamak!
    Mummydearie recently posted…Anak bujangku si Bubbly Abang *_*My Profile

  3. Saya suka juga berlari, tapi time sekolah dulu je lah. Tahniah on the great achievement. Keep it up ok. Salam kenal.
    Ummi Hasni recently posted…10 Mitos dan Fakta Tentang KesuburanMy Profile

Trackbacks

  1. […] cuaca sudah mula panas tapi tidaklah terlampau lagi (transaksi winter ke summer). Ikuti pengalaman trip bobois ke RAK HM yang tinggal di hotel Double Tree by […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge