Sukakah 5 hari dipukau, dari bodoh ke pandai ?!

Sukakah 5 hari dipukau, dari bodoh ke pandai ?!

Satu kata-kata yang aku pegang selepas mengikuti beberapa seminar luar biasa.

“Hidup ini adalah untuk menambah nilai dengan menyebarkan manfaat kepada orang lain” – DAO

Sejak mengenali beliau, aku rasakan telah menjadi kewajipan bagiku untuk menyebarkan sebanyak manfaat yang mungkin. Satu nilai yang boleh aku kongsikan ialah pengalaman beberapa tahun aku berlari half marathon di arena antarabangsa seperti di Qatar, Thailand,  Perancis dan insyaaAllah full marathon pertama di Madrid, Sepanyol April 2015 nanti.

Tapi sebenarnya, aku yang dahulu bukanlah siapa-siapa, tiada fokus dan tujuan hidup yang jelas, malah sekarang sekalipun tiada apa yang hebat tentang diriku. Dulu, tiada langsung aku mempunyai impian untuk berlari, malah aku bukan seorang atlit pun. Tidak pernah menjadi wakil sekolah sekali pun. Aku sangat benci akan larian, takut tentang cerita-cerita dongeng yang disebarkan oleh kebanyakan orang-orang jahil. Sehinggalah, aku dipaksa masuk ke race 10km pertamaku, di Qatar oleh suamiku.

Mulakan aktivit larian dari kecil

everything big, started small

Selepas beberapa event larian secara suka-suka, aku akhirnya dapat melihat bagaimana sedikit sebanyak perkongsian aku telah menarik semakin ramai kawan-kawan lain untuk bersama-sama. Malah seorang kawanku yang sudah join bersama, yang mulanya tidak boleh berlari langsung, mengah, badan agak berisi, pernah muntah sepanjang berlari, kini telah menjadi pelari tegar, semakin cantik berseri-seri dan bahagia.

Sikit demi sedikit, aku lihat kawan-kawan menarik kawan-kawan yang lain, kemudian, menarik pasangan masing-masing dan kemudian menarik anak-anak pula. Aku bersyukur, geng komuniti kami yang digelar pelaristyloyo semakin berkembang biak. Apa yang lain tentang komuniti kami ialah, penglibatan seisi keluarga, bukan sekadar individu, dengan menekankan masa tamat bukan segalanya!

Aktiviti race larian yang mengeratkan ukhuwah kami. Sokongan rakan-rakan yang competitive untuk menaikkan semangat masing-masing untuk maju selangkah kehadapan. Malah, yang lebih membezakan kami lagi ialah penglibatan kami di arena antarabangsa di sekeliling dunia.

Semua ini aku turut  rasakan dalam 5 hari sesi insentif Train the Trainer di Gambang.

Bekerjasama dalam kumpulan

Logo kumpulan pertama: Pretty Turbo

Sebenarnya, selepas aku ikuti kelas DAO yang lalu, aku baru mula memasang niat dan impian, menjadikan aktiviti larian ini sebagai satu platform untuk menyebarkan lebih banyak manfaat tentang kesihatan dan kebahagiaan khususnya kepada para wanita yang aku tahu, lebih payah untuk diajak bersukan. Aku mahu mereka tahu dan faham, aku mahu mereka turut menikmati kebaikan-kebaikan. Tak kenal, maka tak cinta :)

Di Gambang, kami dibiasakan untuk tidak memanjakan diri, tidur selewat 2 pagi dan bangun seawal 4pagi, dan berterusan melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNYA dengan aktiviti seperti qiamulail, jogging dan berendam berkumpulan! Malah, untuk ke tandas juga harus dalam kumpulan!

Semua aktiviti ini adalah bertujuan untuk membuktikan sesungguhnya apabila kita MAHU, kita pasti MAMPU melaksanakan!

Pushing your limit

Aku lihat sendiri semangat kakak-kakakku yang muda atau yang sudah berumur selewat 50an berusaha dengan sungguh-sungguh untuk displin dalam menepati waktu. Malah mereka yang tidak biasa tetap berlari apabila perlu, biar bertongkat sekalipun. Tiada sekali pun kata-kata TIDAK, kami semua bertindak lebih dari limit kebiasaan. Dan Alhamdulillah, kami semua berjaya membuktikan diri!

Sama juga seperti larian marathon, agaknya kenapa perlu kita berlari marathon yang sejauh 42.195km?  Adakah ianya satu tindakan bodoh?

Ramai yang tidak faham, kerana mereka sendiri tidak terlibat. Persepsi negatif mereka akan mengatakan larian marathon itu adalah aktiviti sia-sia seorang bodoh, termasuklah diriku satu waktu dahulu. Tapi apabila aku sendiri terjebak ke dalam larian, aku jadi semakin faham, inilah yang dikatakan matlamat luar biasa untuk push limit seseorang.

Untuk apa?

Aktiviti berkumpulan

When you are in their shoes

Aktiviti marathon ini masih baru dan tidak ramai yang tahu. Dan hanya sebahagian peratusan kecil manusia sahaja yang sanggup kerana ia merupakan satu cabaran diri tanpa paksaan. Tetapi cuba renungkan fakta ini, marathon ini merupakan satu2nya peluang untuk sesiapa saja, atlit atau tidak, berentap di arena local dan antarabangsa bersama top2 atlit dunia!

Bagaimana untuk berjaya? Disini, izinkan saya kongsikan sedikit sebanyak tentang formula kami yang digelar :

FOKUS

F – Fokus pada Final destination
O – Organize your life
K – Kuatkan knowledge
U – Ukhuwah untuk kekal semangat
SSsentials – keperluan-keperluan yang lain

Formula ini jugalah yang dipakai oleh suamiku yang lebih arif dan berpengalaman dalam larian marathon, membuktikan perubahan drastik prestasi peribadinya.

Dari pengalaman pertanya yang masuk Full Marathon pertama di KL tanpa latihan, dia yang sememangnya seorang yang agak aktif bersukan hanya mampu menghabiskan larian dalam masa 6jam 30minit.
Menggunakan formula FOKUS, kami lihat peningkatannya kepada 4jam 14minit di Full Marathon di Istanbul baru-baru ini!. Untuk penguraian lanjut tentang FOKUS, nantikan sesi seminar dari kami! Doakan ya :)

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Berpegangkan pada kata-kata “Everything big started small”, kami mahu meyakinkan semua, tiada yang mustahil. Dengan perkongsian ebook untuk pelari beginner (di site bar) sebagai rujukan , saya harapkan lebih ramai akan mencuba dan berjaya.

Semua ketakutan kita, 90% adalah diminda, ubah persepsi dan anda pasti berjaya!

Selamat bertindak untuk mengubah persepsi diri!

yEEn

berlarilah.. dari keliling rumah, ke keliling DUNIA!

Comments

  1. Wow….. ingat kena pukau betul 2 … saya pun nak…. hahahah

  2. Tiada yang lebih bererti dalam hidup kalau org lain mendapat manfaat yang sepatutnya.
    Best.
    Semangat juang yang tinggi.
    Saya dulu memang atlit tapi tak suka bab lari marathon.
    Bila baca kat sini rasa teruja nak cuba lak.
    Wlaupun dah beranak pinak.
    AZENI AHMAD recently posted…Membaca Dalam Gajet ataupun Melalui Buku: Mana lebih Baik?My Profile

  3. Tahniah puan. Ini benar2 hebat dan sangat luar biasa. Bukan setakat jaguh kampung tapi sampai ke peringkat antarabangsa. Jarang saya berjumpa orang yang berkongsi ilmu tentang larian marathon. Memang unik dan luar biasa! Teruskan perjuangan.
    Nik Thoha recently posted…Kelebihan Menggunakan WordPressMy Profile

    • Tenkiu.. sekadar berkongsi so lebih ramai tahu.. ianya adalah tidak mustahil.. sesiapa saja boleh pasang cita-cita untuk berlari marathon di peringkat antarabangsa! :)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge