Diary Cabaran sukaRUN: 50 alasan vs #50hariakuberlari day 14-18

Diary Cabaran sukaRUN: 50 alasan vs #50hariakuberlari day 14-18

Alhamdulillah, walaupun sekarang sibuk gila, aku masih lagi gigih mencari masa untuk buat cabaran 50 hari aku berlari. So far takde ponteng lagi, tak kira sesibuk mana pun hari. Contohnya weekend lepas, mak datuk, back to back aktiviti! Tapi mujur Allah kurniakan kebolehan merancang, aku plan larian harianku dengan bijak ahaks.

Day 14- Berlari sambil berpuasa.

Khamis, aku berpuasa, mula-mula ingatkan nak lari selepas berbuka, tapi hati aku berat, nanti dah malam, kena pulak drive ke tempat yang selamat dan terang, kalau keliling rumah, malam agak suram, tak berani. Jadi nak tak nak, aku kuatkan diri, terus keluar berlari, masa tu 15 minit lagi nak masuk waktu berbuka.

Singing dunes Qatar

Masa berlari tu memang sangat seksa, tak macam first experience aku berlari sambil puasa  haritu. Tah kenapa. Masa nak patah balik ke rumah, azan dah berkumandang, ulu hati aku makin senak. Ya Allah, bagilah kekuatan untuk aku habiskan larian sampai rumah! Aku berbisik.. Lega akhirnya berjaya.. Sampai terus berbuka dengan gembira 😅

Day 15: Berlari dan Cycling 30km

Jumaat pagi, aku follow geng-geng bankers untuk cycling. Memang aku tak dapat follow pace dieorang yang dah agak laju. Aku kan beginner, baru je berjinak beberapa bulan. Takpe, as long as aku gigih teruskan juga- go slow, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan?

Specialized green

Specialized green

Disebabkan cabaran #50hariakuberlari, aku pun lari dulu 20 minit sebelum start cycling. Macam biasa, larian di Pearl memang paling win la view die hehe. Tengahari lepas Friday prayer pulak, terus shoot ke Pasir berdengung untk aktiviti santai-santai bersama kawan-kawan.

Day 16: Berlari dan Aquathon

Sabtu, hari Aquathon race untuk Mr.Ai. Sebagai sokongan, aku ikut ke Aspire dan berlari di sana. Tapi tidaklah aku joim Aquathon race tu haha. Belom terbukak hati nak masuk race yang melibatkan swimming, masih terlalu baru untuk aku. But aku respect Mr.Ai, sekarang dah 7 bulan dia berenang, kalau korang nak tahu, die sebelum ni tak tahu langsung berenang, memang zero.

Ironman Pie (kiri) & Mr.Ai

Ironman Pie (kiri) & Mr.Ai

Tapi semangat kesukanan dia memang tinggi, die pernah belasah je join GMC Try-athlon tahun lepas sebab teringin sangat, padahal takde skill berenang. Memang dulu dia gagal, tapi dia ambil kegagalan itu sebagi cabaran untuk bangkit semula, and I’m so proud of him that now, dia boleh berenang sejauh 1600km! Apalah sangat Aquathon yang setakat 500m tu kan? Nanti one day aku akan but entri khas perjalanan Mr.Ai dari tak tahu langsung berenang, ke thriathlete!

Day 17: Berlari selepas subuh sebelum pergi kerja

Ahad ialah hari bekerja, dan Ahad petang tu jugaklah kami ditugaskan untuk arrange decoration untuk majlis perpisahan untuk Ragu yang akan balik for good ke Malaysia. Disebabkan kengkangan masa, aku fikir, masa yang terbaik untuk aku berlari ialah selepas solat subuh & sebelum pergi kerja!

So bangun pagi tu, solat subuh, terus aku keluar berlari. Kagum Mr.Ai tengok wife dia gigih hahaha. Best dowh lari pagi-pagi yang pagi (you know what I meant), sejuk dan nyaman, matahari pun masyaaAllah cantik sangat! Tapi tak sempat den nak ambik gamba sebab nak bergegas bersiap untuk hantar anak ke sekolah dan off to work!

Black & Gold deco untuk farewell party

Black & Gold deco untuk farewell party

Day 18: Berlari dan Berenang

Isnin patutnya aku ada kelas swimming, tapi sebab kena hantar kiddos ke kelas mengaji di compound kawan, aku tumpang swimming drills secara solo je dekat situ. Kelas aku boleh buat hari Rabu. Jadi dengan kegigihan dalam panas, hantar je kiddos ke kelas, shoot terus aku berlari keliling compound.

Berlari then berenang

Habis berlari, cool down, rilek-rilek dulu dengan anakku yang bongsu, baru aku teruskan pula dengan swimming drill. Aku takda pulak jam yang boleh record pace swimming, so tak tahula berapa meter berjaya buat, yang aku tahu, dalam 35 minit aku buat swimming drills, ada stop dalam 30-few minutes pada setiap round – target aku ialah cuba membetulkan stroke free style.

Hmm.. kalau baca diari ni, memang terasa gigih. Sengaja aku nak tulis diari ni so aku boleh ingat balik bila-bila nanti. But, satu benda yang buat aku still berjaya teruskan cabaran ni, rasanya sebab aku dah set, no matter what, I will set aside 20 minutes of my day to run, kalau lebih, mungkin aku takkan teruskan sebab terlalu berat. Semoga aku kekal tabah! Doakan berjaya!

YEEN sukaRUN

31 hari to go! #50hariakuberlari 🏃🏻💦

 

Comments

  1. wahhh bagusnyaaa sis!! keep running :)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge