sukanya Color Run Qatar Feb 2015! #Happiest5k di dunia!

sukanya Color Run Qatar Feb 2015! #Happiest5k di dunia!

Akhirnya selepas ditunda dari bulan lepas, 7 Feb telah tiba, The Color Run Qatar yang dinanti-nanti! Aku pun dah jadi tak berapa teruja sebab haritu dah 100% tak sabar, lepas tu last minit kena tunda, terus rasa tak syok, tambah pulak, Mr.Ai takde, kena balik Malaysia :( tak lengkap family event.. hanya tinggal aku dan anak-anak. Tapi, janji tetap kena ditepati. Aku bangun seawal jam 5 pagi, sebab belum bersiap sedia dengan baju apa nak pakai untuk color run. Nasib baik badan terasa segar, walaupun semalam tido agak lewat selepas aktiviti larian sejauh 18km dengan piknik bagai dan 2 majlis makan malam! Kalau bukan sebab ambik supplement, memang dah lama flat rasanya..

Hari minggu kali ni agak sibuk, mungkin disebabkan hari terakhir cuti sekolah, maka macam-macam otak ni pikir untuk menghiburkan Myra terutamanya. Jam 6 lebih, aku dah mula gerakkan Myra dan Maq, tapi masing-masing tak bergerak. Aku pun paham, memang dieorang masih letih. Dah la dari malam Khamis lagi tido lewat sebab sibuk dengan latihan berenang, lepas tu Jumaat pulak penuh aktivit piknik dan makan-makan, memanglah berat dia nak bukak mata. Jadi nak tak nak aku bagi lebih masa menunggu dieorang, lagipun tempat larian ‘warna’ pun tidak berapa jauh dari rumah, dan pelepasan peserta dibuat secara berperingkat.

The color runners

Tup-tup lepas akhirnya berjaya mengejutkan Maq, siap-siap, sekali tengok jam, alamak! 7:45am dah haha. Elok-elok masa inilah yang disuruh berkumpul dan bersedia di QNCC untuk dilepaskan berlari. Tapi sebab aku tahu, event ni ada dalam lebih kurang 5 ribu peserta, jadi tak menjadi masalah kalau aku pergi lewat sedikit. Bila sampai ke persimpangan QNCC, kereta mula berhenti, bergerak seperti siput. Aku bersabar, jam baru nak masuk pukul 8 pagi, Kami hanya tenang. Jam lebih kurang 815am, baru berjaya parking dengan mudah di kawasan luar dari bangunan parking QNCC. Jadi, tak perlu risau pasal parking, memang banyak dan sangat mencukupi!

Kami kemudian berjalan kaki menuju garisan permulaan. Maq aku tolak mengunakan stroller, sebab paham sangat dah perangai pelamas dia tu.. hehehe. Tiba di garisan permulaan, seperti yang aku jangka, memang masih penuh. Batch pertama baru saja dilepaskan. So, sementara menunggu, selfie-welfie la kami. Tiba-tiba baru terserempak dengan geng sekampung. Terus masing-masing bergamba bersama-sama. Pendek kata, untuk Color run, memang kerja ambil gamba je 😀 Suasana sangat meriah, dengan alunan muzik yang catchy, menjemput orang untuk bergojet, dan host yang pandai mengambil hati para peserta, agar tidak berasa bosan.

Splash of colors

Selepas lama menanti, akhirnya tiba giliran kami, jauh jugak berjalan dan berlari untuk tiba ke stesen warna yang pertama. Tiba saja station KUNING, kami dibaling dengan serbuk bewarna kuning. Ohhh.. macam ni rupanya Color run! aku pikir ada mesin hehe. Para sukarelawan membaling serbuk pewarna kepada pelari-pelari dengan gembira. Muka dieorang pun dah penuh dengan warna! Masa di stesen warna ni lah ambil peluang bergambar. Ada yang lompat, baring, guling dan macam-macam lagi! Yang penting ianya untuk seronok 😀

bersedialah di baling warna!

bersedialah di baling warna!

biru hijau orange

Untuk banyak lagi koleksi gambar-gambar, boleh tengok aku punya di google+ album The Color run Qatar.. Enjoyyy :)

Banyak jugak aku berhenti apabila nampak tempat-tempat menarik untuk ambik gamba, lagi-lagi bila terjumpa kawan-kawan lain, memang meriah masing-masing dengan pakaian yang ranggi dengan tutus :D. Kadang aku turut terpaksa berlari mengejar Myra yang terlebih excited. Aduh.. memang sukaRUN ni! haha.

Habis saja di garisan penamat Color Run, rupanya ada seperti konsert di penghujung jalan. Masih ramai lagi tengah melompat-lompat sambil mendengar lagu. Host pula membaling-baling powder berwarna tambahan. Memang berebut-rebut la orang, termasuklah Myra. Sampai dia minta di angkat diatas bahu untuk capaikan host, meminta warna tambahan. Aku pulak pergi layan.. haha.. patutla letih!

Semamangnya 5km yang paling menggembirakan!

Sememangnya 5km yang paling menggembirakan!

Rasanya kami meluangkan dalam 10 minit di situ, kemudian beransur menuju ke restoren MRA untuk sarapan/makan tengah hari yang dibelanja oleh couple HM :D. Apa-apa pun, event Color run ni sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga, sebab memang sangat santai dan seronok! Tidak perlu berlari pun! Terutama sekali untuk budak-budak! Tahun depan pastikan anda tidak tertinggal untuk mencuba 😉

Oh by the way, kalau suka dekat Tutu yang kiteorang duk pakai tu, boleh la beli online dekat Amazon jek.. tengok yang ni cam kiut jugak kan? 😛

Tutu uP! for #Happiest5km on planet earth!

-yEEn-

Color.Laugh.RUN!

Comments

  1. Pergh ~ ada warna warni lagi dowh.. tudung pun macam arab2 sikit.. hehe..
    Aretikz recently posted…3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog TegarMy Profile

Trackbacks

  1. […] berjanji berlari dihari Jumaat pagi sebab Sabtu ada event ColorRun. Jadi, dari seawal jam 5:30pagi, berkumpullah kami untuk berlari LSD. Kali ni, IlaM turut bersama, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge