sukaNYA cara mudah pilih dan beli jam larian secara online dengan Amazon

sukaNYA cara mudah pilih dan beli jam larian secara online dengan Amazon

Minggu lepas aku dikejutkan Mr.Ai dengan hadiah jam tangan larian baru Garmin Forerunner 220. Maybe kesian, dah berapa kali jam Garmin aku yang sebelum ini asik mati tiba-tiba. Nasib baik surprise dia sampai sebelum aku beli sendiri! Dan yang lebih syoknya, pandai pulak dia beli model yang aku tengah usha cam lawa (hehe pompuan memang gitu! Bukan kesah sangat features :P)

Purple and white

Cantik kan? Purple and white ;)

Ok, hari ni jom nak share dimana dan bagaimana dia belikan jam tangan tu secara mudah. Sonang jo! Amazon, biasanya menjadi pilihan kami sebab biasanya ia selamat dan terjamin sampai. Tak pernah lagi ada kes-kes, jadi kami teruskan setia. Buat research dulu, pilihan jam yang camana kita nak, dan apa yang penting bagi kita? Boleh tanya kawan-kawan pelari yang lebih arif. Harus diingat, jam tangan larian bukan benda wajib! Ia sekadar membantu untuk lebih maju setapak lagi.

Bagi kami di sukaRUN, pilihan jam bukan berpihak kepada jenama semata-mata, tetapi turut memainkan peranan ialah reputasi dan kebolehan gadget itu sendiri. Oleh kerana kami banyak menggunakan latihan yang berpandukan ‘heart rate’, maka kami kena pastikan beliak jam tangan larian perlu mempunyai ‘heart rate’ monitor. Berikut adalah ciri-ciri jam larian yang kami cari;

  1. Heart rate monitor – beli bundle sekali dengan jam untuk lebih jimat
  2. Keupayaan GPS
  3. Simpanan training plan
  4. History monitor
  5. Kemudahan penggunaan
  6. Kecantikan jam! ๐Ÿ˜€
  7. Kekerapan penggunaan
  8. Kebolehan gadget untuk kegunaan selain larian (berenang, basikal dan sebagainya)
  9. Bajet

Click sini untuk belian di Amazon

Dah senaraikan jam yang ada kesemua ciri-ciri di atas, barulah kami bandingkan sesama jam-jam itu dan pilih betul-betul ikut citarasa. Contoh kalau ada jam tu, cantik tapi mahal, mungkin boleh ditolak dan ambil yang kedua lebih murah tapi sama bagus. So far, jam Garmin Forerunner 220 yang dihadiahkan memang sangat mudah dipakai. Untuk saya pelari amatur yang tak seberapa terer ni, jam ini memang sudah cukup memadai, sangat senang untuk difahami, ย nak navigate menu pun tak perlu sampai kena bukak manual! User friendly! (Itu yang paling penting kan?) ๐Ÿ˜€

Selesai membanding, bolehlah masuk ke website Amazon dan buat belian. Pastikan penjual yang di beri feedback yang baik-baik saja, untuk mengelakkan dari berlaku masalah. Korang boleh try beli dari penjual ni (klik je gamba di atas), Mr.Ai yang kasi aku link dia :) Lepas dah puas hati, boleh terus checkout untuk buat bayaran menggunakan credit card, dan hantarkan ke alamat yang kita nak. Amazon memang dah siap-siap estimate kos dan berapa lama barang akan sampai, jadi lepas tu tunggu dan monitor je la. Best ๐Ÿ˜€

Aku belum bukak lagi manual jam ni. Tak belajar betul-betul lagi. Jadi, belum boleh bagi ulasan lanjut. Tapi, sebagai seorang pengguna selama 2 minggu ni, tanpa manual pun aku dah tahu macam-macam features dia. Memang menarik dan mudah dari model jam aku yang terdahulu! Nanti aku dah pakai lagi lama, aku kongsikan lagi ok?

 

yEEn

.Cheer up and RUN!

Comments

  1. Smart betul.
    Dan keladiesan.
    Hihihi.
    Kalau memang pelari tegar memang sesuai sangat pakai jam nie.
    AZENI AHMAD recently posted…Lempeng Cicah Kari Mengamit KenanganMy Profile

Trackbacks

  1. […] banyak jam larian yang di pakejkan dengan heart rate monitor. Jam larian ini memaparkan bacaan degupan jantung yang […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge