sukaNYA cara mudah toning badan dari rumah!

sukaNYA cara mudah toning badan dari rumah!

Mungkin ramai yang sudah bosan dengan rupa paras badan sendiri dan mahukan perubahan. Apa yang lebih penting ialah, kita nak berubah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain, kan? Jom tengok perkongsian fitgirlsworldwide yang di rumuskan dalam satu gamba mudah, cara untuk toning badan hanya dari rumah!

getFit-at-home

Tips untuk Busy Mommy nak berlari dan beranak kecil

Home toning workout macam yang dikongsi ni memang sesuai untuk busy mommy macam aku. Satu lagi tips bagi aku seorang mommy yang bekerja, masa itu emas, aku tidak ada all the time in this world untuk bagi segala-galanya untuk keluarga dan diri sendiri. Jadi, apa yang aku buat, kena gabungkan aktiviti untuk jimat masa. Apa yang aku selalu pegang, anak-anak mesti aku nak lepaskan bermain di luar. Taknak terperuk dalam rumah tengok tv atau main video game Aku rimas!

Mommy pelari dan kiddos

Mommy pelari dan kiddos

 

So, bila ada latihan larian, aku memang biasanya berlari dekat taman yang ada playground, sebab bagi peluang anak-anak untuk bermain sementara mommy berlari. Yang untungnya aku ada pembantu rumah, jadi dia la yang tengokkan anak-anak sambil mommy berlari. Bagi yang tak ada, bolehla cuba gilir-gilir dengan suami.

Haritu lepas lari aku ada cuba buat toning workout tu, sembunyi-sembunyi disebalik playground sebab segan ada orang lelaki. Blur je muka budak-budak tu tengok apa la tetiba ada mak chix tengah workout dalam playground area ni? hahaha.. nasib la, free show! Yang penting buatttt… 😛

Barzan-park-run

 

Semoga bermanfaat.

Yeen

sukaRUN for healthier ME!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge