Tips sukaRUN: 4 Cara daftar masuk New York marathon

Tips sukaRUN: 4 Cara daftar masuk New York marathon

Kalau nak tahu, untuk masuk New York marathon, bukan semudah tiba-tiba rasa nak masuk, register jela. Disebabkan popularitinya dan jumlah quota, hanya sesetengah pelari yang bertuah akan terpilih! Anda boleh cuba salah satu cara di bawah untuk melayakkan diri berlari di major marathon terbesar di dunia ini!

1. Cara pertama daftar masuk New York marathon: Mengikut kelayakan masa rekod larian.

Record larian yang dipertimbangkan juga ada terbahagi kepada beberapa kategori. Keutamaan diberikan kepada para peserta yang layak dalam race NYC Marathon 2015, kemudian sebahagian untuk kelayakan mengikut masa adalah mengikut siapa cepat dia dapat sehingga quota penuh. Hanya rekod larian dari Jan – 31 Dec 2015 boleh digunapakai. Keutamaan diberikan untuk race anjuran NYRR dan sebahagian lain untuk race-race lain. Kelayakan masa mengikut kategori jantina dan umur (Boleh cuba dengan rekod Full Marathon atau Half Marathon). Peserta yang layak hanya dijamin tempat selepas membuat bayaran pendaftaran yang ditetapkan.

Kelayakan larian New York Marathon kategori lelaki Kelayakan larian New York Marathon kategori wanita

2. Cara kedua daftar masuk New York marathon: Menerusi ballot larian.

Ni kira macam lucky draw, cuba daftar je, dikenakan bayaran untuk memproses, kemudian cabutan akan dibuat dan diumumkan. Biasanya masa pendaftaran akan dibuka dari Januari. Kerap-keraplah melawat website TCSNYCMarathon¬†untuk maklumat lanjut. Inilah cara sukaRUN melayakkan diri, yes of coz, belum sampai tahap pelari dewa untuk masuk ikut kelayakan masa ūüėÄ

3. Cara ketiga daftar masuk New York marathon: Menerusi charity run.

Boleh pilih untuk mewakili badan2 kebajikan yang berdaftar untuk NYRR. Kebiasaannya bila anda dah mendaftar dengan badan kebajikan, anda perlu capai target jumlah kutipan sumbangan yang ditetapkan. Tempat adalah dijamin apabila anda berjaya mencapai kutipan sumbangan tersebut.

4. Ada beberapa cara untuk mendapat jaminan tempat berlari di New York marathon:

  • Ahli New York Road Runners (mesti daftar sebelum¬†December 31, 2015) yang sudah menamatkan sekurang-kurangnya 9¬†NYRR-scored, qualifying races, dan menjadi sukarelawan untuk satu acara larian¬†pada tahun yang sama.
  • Ahli¬†New York Road Runners yang sudah menamatkan sekurang-kurangnya 9¬†NYRR-scored, qualifying races, dan mengumpul sumbangan sebanyak $1,000 USD untuk¬†NYRR’s youth, community, dan menjadi sukarelawan untuk satu acara larian¬†pada tahun yang sama.
  • Peserta¬†New York City Marathon tahun sebelumnya yang membatalkan larian.
  • Sudah menamatkan¬†15 marathon di New York City Marathons.
  • Mereka yang sudah 3 tahun berturut-turut mencuba nasib untuk mendaftar tetapi gagal dan tidak mencuba cara alternatif lain untuk masuk.
  • Pelari yang layak mengikut masa yang ditetapkan menggunakan rekod larian yang disahkan¬†di online.

So, all the best bagi siapa-siapa yang nak mencuba! You should.. because it is one in a million. Imagine being one of the 50 thousand runners in that year, running around New York- the only time when they stop the busy city to make way to all of the marathoners, crossing 5 borough handsomely.

sukaRUN, dari keliling rumah, ke keliling New York! 

Trackbacks

  1. […] yang akan siap-siap diprint di bib nanti. Bila korang dah berjaya terpilih untuk berlari (click sini kalau nak tau cara-cara mendaftar ke NYC marathon), nanti korang akan dapat login profile NYRR. Ini sangat penting, sebab ada beberapa perkara yang […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge