Cabaran sukaRUN: Puasa dan 50 hari aku berlari

Cabaran sukaRUN: Puasa dan 50 hari aku berlari

Semalam berjaya jugak berlari untuk hari ke 4 walaupun berpuasa. Satu lagi benda yang tak sangka-sangka boleh sebenarnya. Sebelum ni takut nak cuba, kang haus gila macam mana, kalau kaki lemah longlai camane, sekali sebab dah terjebak dengan cabaran #50hariakuberlari ni, terpaksa la jugak teruskan. Mula-mula pikir mungkin boleh berlari selepas berbuka, tapi hati rasa curious nak tau apa perasaan berlari sambil puasa, aku teruskan jugak larian.

Motivasi cabaran diri sendiri

Yang sedikit bijaknya, aku start lari ngam-ngam nak cukupkan 20minit + 10 minit warm up & cool down sebelum azan maghrib. So senang, abes lari terus bleh buka puasa dan minum air puas-puas! 😆

7 Perasaan berlari sambil berpuasa

  1. Tidaklah sesusah yang aku khuatirkan.
  2. Haus jugak, tapi sebab berlari dalam 30 minit je, so manageable
  3. Ada nak rasa sakit perut, tapi bila slow down ok je, boleh teruskan larian.
  4. Bila tak fikir kita puasa, ok jek lari.. Best
  5. Takde rasa nak pitam pun.
  6. Takde rasa lapar pun.
  7. Habis lari, takde rasa nak terus pergi makan pun, aku makan lambat lagi pulak, selepas balik rumah, mandi, solat, baru makan. Tapi minum air jela banyak dari biasa.

Berlari sambil puasa

Hari ni, masuk ofis, aku rasa agak lain, lebih bertenaga dan tak mengantuk macam biasa. Mun gkin sebab dah detok sikit apa-apa yang patut. Syok jugakla cabaran #50hariakuberlari ni, still tak rasa nak give up. Looking forward to do it and insyaaAllah completes it. Doakan berjaya! 🙌🏻

 

yEEN sukaRUN

Apa yang kita cakap, apa yang kita fikir, apa yang kita buat, adalah satu doa

 

Trackbacks

  1. […] berlari tu memang sangat seksa, tak macam first experience aku berlari sambil puasa  haritu. Tah kenapa. Masa nak patah balik ke rumah, azan dah berkumandang, ulu hati aku makin […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge