Cabaran sukaRUN: day 6 #50hariakuberlari

Cabaran sukaRUN: day 6 #50hariakuberlari

Pagi hari ke 7, fresh dan ceria. Bangun pagi takyah snooze 8 kali πŸ˜…. Pergi kerja dengan happy, Alhamdulillah.

Consistency is King

Perasaan berlari hari ke 6 dari #50hariakuberlari

Masa lari semalam, mula nak start macam biasa, rasa tak boleh pergi lagi laju, rasa malas nak push, rasa nak go slow slow.. Tapi, pikir balik, tak bleh jadi, semalam dah laju dari hari sebelum, siap lari lepas ride basikal, mana boleh kali ni lari rilek-rilek padahal takde buat apa-apa sebelum tu.

So push jugakla sikit, keep telling myself, ‘You can do this!’. Berlari ni terutamanya kalau sorang-sorang memang battle between our inner self esteem. Rasa kita tak boleh, tapi bila kita cuba buat lebih baik dari sebelumnya, rupanya kita boleh. Ngam-ngam habis berlari 20minit, aku stop jam Garmin, wow kali ni berjaya sampai 3km! Improved! Pace 6:32!

Rekod larian hari ke 6 dari 50 hari aku berlari

 

Pagi hari ke 7, macam aku cakap, bangun lebih segar. I like it so far.. Tapi kaki kiri macam ada nak start sakit.. Bahaya, aku kena recheck supplementary, rasa macam lama tak makan kalsium terbaik pilihan sukaRUN hehe.

Motivasi kesihatan dengan berlari

Ok till we meet again! Doakan misi #50hariakuberlari berjaya πŸƒπŸ»πŸ’¦

yEEN sukaRUN

dari keliling rumah, ke keliling DuniA!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge