Cabaran sukaRUN: Bike & Run #50hariakuberlari

Cabaran sukaRUN: Bike & Run #50hariakuberlari

Semalam petang, aku rasa malas gila nak keluar ke kelas cycling for beginner coach Isora. Tapi aku paksa jugak diri, bagusnya bila dah commit dengan kelas ni, since kita dah bayar, kita terpaksa paksa diri untuk pergi. Nak tak nak, dengan muka masam, angkut jugakla basikal dan kaki hehehe.

Berlari selepas berbasikal

Kena pulak dengan cabaran #50hariakuberlari . Aduh, double the trouble! Kenapa gatal sangat nak cabar diri macam ni.. Haha. Mula-mula fikir, okla sempat ni, lari sebelum kelas, tengok jam, baru kul 5:30, dah nak dekat sampai lokasi kelas di the Pearl. Tapi sekali, campur jam semua, tak sempat dah.. Dah kul 5:45pm, dan maghrib masuk kul 5:52, aku dah set, kena solat maghrib dulu sebelum kelas, if not memang tak sempat.

Jam Garmin

Sampai-sampai, aku terus ke masjid, Alhamdulillah kelas buat dekat area parking masjid yang ada kemudahan untuk muslimah. Kebanyakan masjid di Qatar, ada ruang untuk perempuan solat, tapi mostly kunci. Yang ni seb baik bukak. Masuk je azan maghrib, aku bergegas solat, then settle terus lari ke kereta ambik basikal. Coach Isora dan beberapa rakan sekelas dah sampai.

Perasaan cycling dan berlari

Elok je habis ride basikal, aku terus lari pulak di kawasan the Pearl yang cantik. Walaupun sunyi, aku agak yakin ianya selamat. Itulah yang untungnya hidup di Qatar, kadar jenayah masih rendah, dan kita masih rasa selamat nak beriadah seorang diri di malam hari.

Masa start-start lari, kepala aku fikir, sure aku tak larat ni, slow, sekali bile tengok Garmin, wow.. Pace 6:45?! Biar betul.. Haha tapi aku teruskan aja, rasa makin slow lepas tu, campur  ambik-ambik gamba sambil berlari.

Seronok dah habis run after ride

Total pace abes lari hari ke 5 dari #50hariakuberlari 7:16 untuk 20 minit, improved dari semalam. Alhamdulillah. Ingatkan akan makin penat makin slow, tapi betullah, fitness ni akan semakin improve, semakin kita buat lagi..

Perasaan pagi ke 6 misi #50hariakuberlari

Oh, sebelum terlupa, kalau korang ada Garmin, bolehla kalau sudi nak connect dengan aku, sekaranh siap boleh tengok aktivit sesama rakan segarmin.. Syok pulak bleh like2, bleh comment2 😆

Rekod Garmin

Pagi-pagi bangun terasa lebih cergas dan semangat. Memang exercise ni bagi mood yang bagus untuk kita agaknya. Kalau sebelum ni asek lemau jer, bawak-bawakla berlari, kot-kot boleh terubat hehe.

Kaki aku yang sebelum ni terasa otot keras je, dah tak rasa kaku. Boleh berjalan macam biasa, lutut pun still selamat. Alhamdulillah.

Ok semangat nak teruskan lagi perjuangan #50hariakuberlari! Doakan berjaya!  🙌🏻

 

yEEN sukaRUN

dari keliling rumah, ke keliling DUNiA

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge