Cabaran sukaRUN: berlari dalam hujan & di circuit Women on Wheels

Cabaran sukaRUN: berlari dalam hujan & di circuit Women on Wheels

Malam semalam tak banyak gambar diambil, sebabnya aku, Myra (my 9 y.o daughter) dan Mishel (my 4 y.o daughter) masuk event Women on Wheels di Lusail International circuit. Acara berbasikal atau walk run khas untuk para wanita di Qatar.

Women on wheel

Sampai-sampai je register, phone semua kena sita- tak boleh bawak masuk, sebab no pictures allowed! Huhu so, apa yang aku boleh kongsikan, hanya dari penceritaan, korang bayangkan jela sendiri 😆.

Mula-mula aku teman Myra buat satu pusingan berbasikal di circuit Lusail, dapatla 5 km, well done Myra! Selesai, aku tinggalkan Myra bersama my PA untuk bermain di kids Zone. Mewah jugak event ni, makanan ada bermacam-macam, jus, buah-buahan, sandwich, shawarma, burger, yogurts- basically all the boring and helathy food hahaha.

Di Kids Zone ada bermacam-macam permainan indoor, ada face painting, origami, coloring- nasib jugakla, sebab malam tadi dah mula hujan on off, masa aku berbasikal dengan Myra pun abes kena hujan.. Tapi biasalah di negara padang pasir, hujan renyai-renyai dan sekejap je. So bila hujan tu terasa rahmat sangat sambil mengayuh.

Rekod larian hari ke 7 dari 50 hari aku berlari

Selesai berbasikal dengan Myra, aku dan Nanie berlari bersama. 20 minit je, nasib Nanie memang suka nak teman. Ini semua sebab misi #50hariakuberlari haha. Masih gigih, Alhamdulillah.

Berlari di hari ke 8 yang hujan

Termenung tunggu hujan berhenti

Aku terbangun agak lewat, malam minggu memang macam tu, sebab berjaga malam sebelumnya tengok movie huhu. Terdengar bunyi guruh diluar, fuhh.. Dah la nak gi camping jap lagi. Nak tak nak, terpaksa paksa diri lari jugak pagi, sebab lepas solat Jumaat, akan bergerak ke Fuwairit untuk camping. Tak kuasa la nak lari dekat sana petang nanti, takde tempat mandi hehe.

Mula-mula nak keluar lari tu punyalah payah, termenung lama aku depan pintu ditemani Mishel. Tapi lama-lama aku pujuk diri, kalau bukan sekarang, bila lagi? Tunggu jap, maybe hujan akan berhenti. Alhamdulillah, Masa lari tadi, ok, hujan berhenti sekejap, so just nice, walaupun jalan becak sikit. I survived 😅

Berlari dalam hujan

Ok insyaaAllah berjumpa kita esok di perkongsian seterusnya- aku target nak lari barefoot di tepi pantai.. Doakan berjaya!

yEEN sukaRUN

dari keliling rumah, ke keliling DuniA

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge