Cabaran sukaRUN: #50hariakuberlari day 1-3

Cabaran sukaRUN: #50hariakuberlari day 1-3

Hari ni masuk hari ke 4, so far yang dicabar masih terasa nak teruskan dengan pasrah, belum ada kata-kata negatif untuk berhenti. 😆

Kenapa sahut cabaran #50hariakuberlari

Kalau korang salah seorang yang tiba-tiba terus hilang minat untuk berlari mungkin disebabkan doing too much too soon macam aku, maybe ini dapat membantu.

Dalam artikel yang dibaca di sini, ada dituliskan kebaikan berlari 50 hari berterusan, kalau berminat, jom sahut cabaran!

Syarat cabaran #50hariakuberlari tak susah: sekurang-kurangnya 20minit larian sekali sehari- takde pace yang perlu dicapai.

1 April – Aku decide nak mulakan cabaran 50 hari aku berlari, sebab dah start berlari dalam race event kecil-kecilan anjuran FitQ. Dalam acara April Fool relay run ni, 3 pelari disatukan secara random dan masing-masing mengambil giliran berlari 3km seorang. Tak sangka dalam dah lama tak lari, boleh pulak aku buat dalam 17 minit! Maybe sebab takut teammate cakap lembab sangat hahah!

FitQ April fool team relay

Hari kedua & ketiga: Berlari sendirian berhad selama 20 minit dengan kaki yang terasa keras disebabkan stiff muscles. Tapi Alhamdulillah, tiada injury.

Hari keempat, hari ni, kita tengok dan lihat petang nanti 😆

Doakan misi aku berjaya, sebab nak buat jugak sedikit rakaman dokumentari- penat jerih mencuba untuk capai sesuatu matlamat segila ini. Takpelah, alang-alang nak keep fit.. Kita cuba ape saja.

 

Yeen sukaRUN

apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, adalah satu DOA 🙌🏻

Trackbacks

  1. […] Perasaan berlari hari ke 6 dari #50hariakuberlari […]

  2. […] dan Nanie berlari bersama. 20 minit je, nasib Nanie memang suka nak teman. Ini semua sebab misi #50hariakuberlari haha. Masih gigih, […]

  3. […] aku guna kesempatan ini untuk berekperimen, kata dah terikat dengan #50hariakuberlari kan. Bangun dari tidur-tidur ayam selepas sesi BBQ dan lepak dikelilingi unggun api mendengar […]

  4. […] Hamad Aquatic, jadi aku terus ke sana setengah jam lebih awal untuk meneruskan perjuangan larian #50hariakuberlari . Arghh tuhan saja yang tahu berapa beratnya nak pergi berlari semalam. Dengan penat, dengan malas […]

  5. […] walaupun sekarang sibuk gila, aku masih lagi gigih mencari masa untuk buat cabaran 50 hari aku berlari. So far takde ponteng lagi, tak kira sesibuk mana pun hari. Contohnya weekend lepas, mak datuk, […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge