Cabaran sukaRUN day11: RUN & Swim

Cabaran sukaRUN day11: RUN & Swim

Semalam aku agak kepenatan, mungkin sebab berjaga sampai ke tengah malam menunggu result Ironman South Africa– salah seorang idola sukaRUN berentap untuk mendapatkan his first title there. We will cover his story soon insyaaAllah.

Balik dari kerja, aku terpaksa lelap sekejap, tak dapat nak bawak my kids ke playground. Sebab energy low gila. So I guess for this 50 days streak to work, we have to have a really good rest- enough sleep and all. Kalau tak, memang kaput 😅

You are stronger than your excuses

Malam pulak ada kelas swimming di Hamad Aquatic, jadi aku terus ke sana setengah jam lebih awal untuk meneruskan perjuangan larian #50hariakuberlari . Arghh tuhan saja yang tahu berapa beratnya nak pergi berlari semalam. Dengan penat, dengan malas dengan ada kelas swimming pulak. Macam-macamlah alasan bermain di kepala.

Tapi Alhamdulillah, pemaksaan berjaya 🙌🏻.

Perasaan berlari dan swim

Mula-mula kaki sebelah kiri macam sakit mungkin sebab dari berlari setiap hari, tapi lepas swim rasa lebih selesa. Bagus jugak kot swimming ni, macam terapi bagi release sore muscle. Macam biasa, balik dari kelas walaupun dah lewat, mesti susah sikit nak tidur, terasa segar haha. Aku rasa dekat midnight jugak baru terlelap.

Day 11 : Run then Swim

Pagi ni bangun, terasa jugak dekat otot-otot especially bahagian bahu dan kaki. Hmm it’s working hard I guess. Dengan berlari lagi, berenang lagi, dah macam triathlete la pulak haha.  39 hari lagi, semoga aku tabah.. 😭😭

 

yEEN sukaRUN

Apa yang kita cakap, apa yang kita buat, apa yang kita fikir adalah satu DOA!

 

Trackbacks

  1. […] bugar, walaupun sebenarnya dah masuk waktu tidur. Then, sejak berlari setiap hari demi cabaran #50hariakuberlari kaki yang agak nak rasa sakit, bila abes je run terus swim, terasa sedap, macam terubat pulak. So […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge