Cabaran sukaRUN: Barefoot run on beach

Cabaran sukaRUN: Barefoot run on beach

Hari minggu kami kebiasaannya memang penuh dengan aktiviti. Sesekali di musim yang belum panas sangat, ada terselit-selit aktiviti piknik atau camping. Hujung minggu ni kami bernasib baik kerana ada cuti bersama, so boleh join geng-geng kawan ke Fuwairit yang sememangnya favourite beach sekeluarga untuk bercamping.

Berlari di tepi pantai

So, aku guna kesempatan ini untuk berekperimen, kata dah terikat dengan #50hariakuberlari kan. Bangun dari tidur-tidur ayam selepas sesi BBQ dan lepak dikelilingi unggun api mendengar kawan-kawan menyanyi dan bercerita sampai pukul 3pagi,  gigih dengan berkaki ayam, aku mula berlari di persisiran pantai. Nak rasa jugak.. Bes ke tak lari cam Baywatch tu haha.

Berehat melepak di tepi pantai Fuwairit

Perasaan berlari kaki ayam atas pantai

Mr.Ai awal-awal dah warning, be careful la, lari off road takut kaki terseliuh. Memang lari tepi pantai tanah sangat lembut, susah jugak nak lari, memang tak dapatla nak maintain pace macam biasa. Slow gile lari. Setiap langkah kaki terasa sangat berat. Dan betullah ada rasa cam tak berasa selesa di pergelengan kaki, cam nak sakit.

Berjaya lari kaki ayam di tepi pantai

Mujur hanya berlari 20 minit, selesai je aku terus berhenti dan hanya berjalan menikmati keindahan alam dan bunyi ombak yang sangat menenangkan jiwa, sambil ambik video dan gamba.. Nanti video edit siap aku share ok 😁

image

Mr.Ai pulak seperti biasa meneruskan latihan ironman (triathlon).. Berenang 1.6km open water, nasib air pagi tu agak tenang dan tak berapa sejuk, just nice. Memang best pengalaman camping kali ni, despite ura-ura ramalan ramalan kaji cuaca yang cakap Qatar akan dilanda ribut, elakkan aktiviti di laut! Nasib baik semua nak teruskan 😆

Mr Ironman to be

Alang-alang dah cite pasal camping tu, saja aku share sikit gambar-gambar menarik sekitar kami beraktiviti. Duk Qatar ni apa lagi nak buat, tapi cantik tau pantai Fuwairit, I call it Maldives of Qatar haha.

Myra board surfing

YEEN sukaRUN

dari persisiran pantai, ke keliling duniA

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge