tak SUKAnya.. berlari punca badan GEMUK, Perut Buncit!

tak SUKAnya.. berlari punca badan GEMUK, Perut Buncit!

Ada tak pernah terjadi dekat korang, berlari atau bersenam bagai nak rak, tapi tak kurus-kurus? Malah makin gemuk dan buncit pulak?! Makin berlari makin gemuk, makin jauh lari, makin buncit, pelik kan. Kenapa?! Kata bila senam lari bagai ni patut makin kurus? Nape tak kurus-kurus? Bodohkah kita selama ini?! Jangan stress, jom kita check balik punca kenapa berlari ni menyebabkan badan gemuk dan perut buncit.

Picture: wordpress-yogapost.com

Picture: wordpress-yogapost.com

Berlari semata-mata tanpa diet sihat

Salah satu penyebab kenapa setelah sekian lama berlari atau bersenam, tapi masih gemuk atau makin gemuk ialah kerana kita tidak mengubah diet pemakanan seharian kita. Kalau nak kurus, memang realitinya, kena balance untuk kedua-dua, B.E.E the new you.. Balance of Eating & Exercise! Dua-dua kena jaga. Macam yang dikongsikan dalam ebook sukaRUN dibawah! Download percuma segera!

eBook-cover-sukaRUN-weight-loss-program

Kenali B.E.E the new you. Program sukaRUN untuk kurus secara sihat dan seimbang

Terlebih anggaran kalori yang dibakar

Biasanya mentaliti orang yang rasa dia dah bersenam banyak sangat tu, dia akan mula bagi alasan, ok since hari ni aku dah berlari 10km, aku deserve makan nasik 2 pinggan. Disitulah bermulanya masalah, walhal bila bersenam tu, baru bakar sikit je kalori. Contoh, walk/run selama sejam, baru bakar 345kcal macam tu. Minum secawan kopi insant 3 in 1 dah settled, sama balik dengan kalori yang kau bakar beriye lari sejam tadi, back to square 1!

Aku tau, tensen kan? Susah betol nak buang lemak!

Abes tu nak buat ape? Perlu ke give up exercise ni? Takyahla penat-penat senam macam tu!? Bukan.. tidaklah aku cakap jangan bersenam, exercise still exercise, cuma kena dibuat dengan lebih bijak. Kena buang jauh-jauh mentaliti aku dah bersenam banyak ni, aku dah boleh makan banyak. Ini konsep yang salah!

IMG_4135

Dalam erti kata lain, lupakan saja impian untuk perut flat kalau baru saja mula berjinak-jinak nak berlari!

Tercekik bila baca fakta ni. Tapi inilah realiti. Kalau baru buat sikit, jangan expect nampak hasil yang besar. Berlari semata-mata kemudian makan tak ingat dunia tidak akan bagi perubahan apa-apa, malah buat kau makin gemuk! Haha. Bercakap tentang perut buncit, ada tak korang rasa badan dah makin kurus, tapi perut pulak masih buncit! Kenapa?! Perut buncit ni berpunca dari 2 perkara utama:

1) Terlebih makan makanan berkarbohidrat.

Karbohidrat penyebab paras insulin mencanak naik. Sebab karbohidrat ini micronutrient yang bantu angkut insulin! Dan Insulin ni pulak dikenali sebagai FAT-STORING Hormone! Dalam bahasa kita, hormon penyimpan lemak! So, makin tinggi insulin, makin banyaklah lemak disimpan! Dan perut adalah tempat paling ketara!

Pelari Segan- tengok dinding. Penat lari makan banyak, punca gemuk

Pelari Segan- tengok dinding. Penat lari makan banyak, punca gemuk

2) Penyebab kedua perut buncit ialah kerana STRESS, atau tekanan perasaan.

Bila kita stress, badan kita akan mengeluarkan hormon Cortisol. Hormon ni akan bagi signal pada badan untuk menyimpan lemak di bahagian tengah i.e: PERUT! Nak terangkan kenapa agak rumit, sebab saintifik dan bombastik sangat, tapi apa yang kena paham ialah, makin tinggi hormon Cortisol ni, makin banyaklah lemak di bahagian perut kita.. huwaaaa.

senaman-punca-perut-buncit

picture dari; livestrong.com

Apa nak buat sekarang untuk surutkan perut yang semakin buncit?

1) Berhenti makan gula!

Kalau kau berangan nak flat tummy, cara terpantas sambil bersenam ialah dengan kawal makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar insulin. Bukan setakat berhenti masukkan gula dalam minuman atau makanan, tetapi juga makanan yang akan bertukar kepada gula seperti processed food contohnya nasi, roti, pasta, biskut dan cereal! Masa untuk minum air masak atau green tea tanpa gula! 😀

Insulin ni bukan saja tolong simpan lemak kau tau, tapi siap kunci pintu untuk lemak-lemak ni dari terbakar lepas, so kalau tinggi insulin kita, memang lagi la dia akan sayang dan peluk erat lemak-lemak diperut itu. Kah kah kah. So, apalagi, sesuai sangat nak cuba meal dan training plan fitmuslim untuk Ramadhan yang aku share di entri lepas ni. Resepi yang diberi pun semua takde karbohidrat!

Nasi tu dah kena kurangkan la lepas ni hehe

Nasi dan mee tu dah kena kurangkan la lepas ni hehe

2) Kawal Tekanan perasaan (Stress) !

Macam mana agaknya? Kalau dah penat sangat kerja, balik rumah kena pulak uruskan rumah dan anak-anak? Sememangnya agak payah. Sebab itu dalam seminar sukaRUN F.I.T dan S.T.Y.L.O muslimah aku ada kongsikan beberapa formula mudah untuk ketenangan kolam jiwa kita. Tapi benda-benda ni semua perlukan kosistensi.

Sebab itu, macam aku pun, aku nak cuba berusaha dengan lebih luar biasa lagi di bulan mulia ni, sebabnya masa ni setan-setan dah diikat, jadi insyaaAllah kuranglah sikit negatif vibe dari dalam diri, senang sikitlah harapnya nak stress-free :D. Cuma nak kena kuatkan semangat untuk nagatif vibe dari luaran la pulak, contoh tengok iklan-iklan, atau bazaar ramadan tu sume.. haha.

fitandstylomuslimah

Ok harini aku senaraikan antara tips-tips sukaRUN Fit&Stylo muslim untuk dapatkan ketenangan jiwa, secara langsung menjadikan kita stress free! :

Formula 5S.

  • Solat awal waktu dan solat sunat seperti Dhuha & Tahajud
  • Selawat dan zikir (contoh: 100 x istighfar, 100 x ya Wahab, 100 x ya Razzak)
  • Syukur dengan segala apa yang kita ada (setiap hari tulis dan senaraikan 10 perkara)
  • Sedekah setiap hari walaupun sedikit
  • Senyum – dan dunia pun akan senyum bersama! (positive attracts positive 😉

Satu lagi cara nak pastikan kita konsisten ialah dengan menulis target kita besar-besar dekat cermin make up ke. Lepas tu, setiap hari baca dan cakap dekat cermin, bagitau diri kita perkara-perkara positif saja, barulah keyakinan diri semakin naik, dan kita pun sentiasa bahagia.

By the way, kalau ada siapa-siapa yang tercari-cari tudung instant yang cantik, selesa dan patuh syariah, yet Stylo.. boleh tengok-tengok cuci mata dekat fbpage sukaSTYLO ni.. nak-nak dah dekat raya ni kan, :)

sukaRUN in Ramadhan!

#fitmuslim for better ibaadah..

Comments

  1. alamak.. stress pun boleh penyebab buncit ye.. parah ni
    zool recently posted…Lelaki AS bina kereta futuristikMy Profile

  2. mmg tension, bersenam mcm nak rak, badan makin naik sbb makan pun mcm nak rak.
    bagus tips yg bro berikan terutama pasal gula.. mmg kena kurangkan..
    Hairul Hissam recently posted…Masalah Buka Blog Hairul? Elok Buka Pagi/Malam Krn Kurang Pelawat. & Ulang Tahun Ke Lima Bisnes Online Full Time SayaMy Profile

    • Hi Hairul! Hehehe.. tensen kan? masalah yg same aku hadapi.. huwaaaa.. skrang nak kena jaga-jaga.. semoga berakhir Ramadhan ni dengan perut yg agak kempis kah kah kah.. (btw ini bukan bro :P)

  3. terbaik formula 5s tu 😀
    Uncle Zuan recently posted…3 Gadget Yang Uncle Beli Dalam Masa 6 BulanMy Profile

  4. selalu tgk rakan2 nak kurus tanpa ilmu, last2 sampai skrg mcm tu je
    seemoga dia menuntut ilmu dan diet dgn betul, sentiasa doakan kejayaan beliau
    seri recently posted…3 pulau tidak diketahui orang luar di Mersing Johor cantik macam Krabi?My Profile

    • Yup, kalau kita diet tanpa ilmu, memang boleh kurus, tapi mungkin ada side effect lain pulak di masa datang. Better tambah ilmu untuk jaga kesihatan for long term :)

  5. streess pun boleh buncit, kene stabilkan emosi nampaknya
    ummiseri recently posted…Apabila bersuami jarak jauhMy Profile

Trackbacks

  1. […] aku dah kongsi sebelum ni dalam entri berlari punca perut buncit, badan gemuk, apa yang menyebabkan terkumpulnya lemak-lemak di perut ialah hormon insulin yang bertindak serta […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge