Sukanya berlari bukan alasan tidak solat!

Sukanya berlari bukan alasan tidak solat!

Satu perkara paling bagus yang saya belajar ditanah arab ialah betapa mereka menjaga solat 5 waktu. Tiba saja azan, mereka sudah bersedia untuk solat.. tidak kira berada di mana!

Di taman-taman rekreasi, kelihatan wanita atau lelaki, solat tanpa segan silu. Tidak memerlukan surau pun untuk solat! Dimana saja boleh! Bumi ni kan ke bersih pun :)

Lari bersama anak-anak

Berlari beriringan

Dah beberapa kali saya cuba ikut tauladan mereka. Apabila tiba waktu solat, (Maghrib sekarang awal di Qatar, 4 45 camtu dah azan!) dan saya tengah berlari, saya akan cari kawasan yang sesuai untuk solat di mana saya berada. Saya tidak lagi memberikan alasan tiada surau!

Hari ini, saya bawa anak-anak bermain di Aspire. Saya sampai dah nak dekat maghrib, kerana salah budget masa untuk sampai. Jam sana sini. Sampai-sampai, saya carik surau dahulu, kerana nak selesaikan cepat-cepat sebelum terlupa. Ada guard yang menunjukkan arah, apabila tiba disana, hampa, kerana besar-besar di tulis Male prayer room. Hmm.. kali ni saya agak bersedia, dah bawa telekung dan sejadah. Terus saya hamparkan dan solat.. Alhamdulillah.. Hati bertambah senang dan tenang 😉

Cara solat untuk larian marathon

Susahkah solat semasa berlari?

Satu masa dulu, apabila saya dan suami daftarkan diri masuk Kuching Marathon, ada soalan cepu emas dari seorang kawan yang lain. ‘Eh, start lari sebelum subuh ye? Abes camana nak solat subuh tu?’ Ini antara soalan yang memang biasa dikalangan kita kan? melayu islam? Kita masih tidak biasa dengan amalan, solat dimana-mana. Islam itu kan ke mudah.

Seperti suami yang berlari HM Kuching, dia berhenti solat di tepi jalan. Saya yang ambil 10km, memang sempat untuk solat di hotel, sebab mula larian sedikit lewat dari HM, Alhamdulillah.. pandai-pandaila nak hidup kan? Kena cari jalan untuk win-win hehe

Sama seperti pengalaman kami di Chiang Mai, solat subuh di tepi jalan sebelum memulakan larian. Tiada yang salah dengan tindakan itu! Kalau nak lebih selamat, book hotel yang betul-betul dekat dengan tempat mula larian, solat kemudian cepat-cepat ke garisan permulaan! Pendek kata, tiada alasan.

Anda juga patut cuba, kalau rasa kurang selesa, bolehla cuba bawa sekeping sejadah yang kecil untuk melapik dahi.

Till we meet again!

Yeen

Suka. healthy. love. RUN!

 

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge