Sukanya Bengkel Nutrisi Shaklee di Berjaya Times Square!

Sukanya Bengkel Nutrisi Shaklee di Berjaya Times Square!

Inilah salah satu dari kelebihan menjadi pengedar Shaklee yang sah, ada saja peluang untuk mengikuti kelas-kelas percuma atau berbayar untuk menambah ilmu tentang kesihatan. Sabtu lepas, akhirnya saya berjaya juga mendaftar untuk mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee di Berjaya Times Square dengan bayaran yang saya rasa sangat rendah tetapi berbaloi-baloi iaitu sebanyak Rm40 sahaja. Kenapa saya rasa bayaran ini rendah? Sebabnya, dengan bayaran RM40 sahaja, saya dapat menambah pelbagai pengetahuan kesihatan, kemudian disajikan set makanan tengah hari ala-ala buffet hotel. Pelbagai lauk-pauk disediakan seperti sotong goreng cili, daging steak black pepper, kari ayam dan macam-macam lagi, ditambah dengan set pencuci mulut yang lengkap dengan pelbagai jenis kek, buah-buahan dan minuman manis. Pergh.. kalau bayar buffet di hotel pun rasanya lagi mahal dari bengkel ni. Dan bengkel ini pula dibuat bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. So, saya rasa sangat bertuah dan kagum dengan sifat tidak lokek Shaklee :)

Boleh bawa anak kecil dan belajar bersama

Boleh bawa anak kecil dan belajar bersama

Secara ringkas, dalam bengkel Nutrisi Shaklee, 2 speaker bertauliah meluangkan masa yang cukup untuk menerangkan kebaikan setiap produk vitamin dan kelebihan Shaklee berbanding dengan produk-produk yang mengeluarkan vitamin yang sama. Yang menariknya, cara penyampaian speaker yang sangat bersahaja dan bersemangat membolehkan kesemua peserta berasa teruja dan sentiasa segar. Mereka turut memberikan hadiah saguhati bagi mendapatkan interaksi yang lebih bermakna bersama peserta-peserta bengkel. Ini membuatkan semakin ramai yang bersemangat apabila ditanya dan menjadikan bengkel tersebut terus-terus meriah. Di dalam bengkel itu juga, yang menariknya, mereka turut memberikan sample vitamin untuk dicuba bersama-sama. Sangat menarik dan mengujakan. Jika ada lagi peluang untuk mengikuti mana-mana kelas Shaklee samada yang diberikan secara percuma atau berbayar, saya tidak akan teragak-agak lagi untuk pergi. Terutamanya kerana sifat keterbukaan pihak penganjur yang membolehkan peserta membawa anak-anak kecil untuk turut serta sambil belajar. Tiada lagi alasan jika mahu menimba ilmu 😉 Bengkel Nutrisi Shaklee di Berjaya Times Square sememangnya pembuka kepada saya untuk bergerak lebih aktif dalam bisnes Shaklee. Kalau anda juga tergerak untuk bersama, jomla join saya jadi ahli Shaklee. Pelaburan yangs angat menguntungkan! Bukan sekadar pada wang ringgit, tetapi nilai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang memang tak dapat dibeli atau jumpa dimana-mana. :)

Bengkel Nutrisi Shaklee yang berbaloi-baloi!

 

Shaklee: A better life for you and a better life for the world!

Yeen SID: 913391

Tel (WA): 012-2151970

yeen@sukavitamin.com

 

Trackbacks

  1. […] mengikuti bengkel nutrisi Shaklee di Berjaya Times Square, banyak sangat ilmu yang saya mahu sebarkan kepada pembaca, antara yang […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge