Tak sukanya batuk, selsema, demam tanda Asma menyerang anak kecil?!

Tak sukanya batuk, selsema, demam tanda Asma menyerang anak kecil?!

Sejak dua menjak ni, gigih kami kami kempen untuk hidup sihat tanpa ubat. Bukan apa, baru ada kesedaran, sebenarnya kita perlu tukar budaya sakit sikit-sikit makan ubat berkodi-kodi. Nasib saya sedikit baik, kerana saya memang jenis susah makan ubat! Takut nak jumpa doktor.. dari kecil lagi. Tak tau dari mana datangnya fobia ni.

Tak sama ke ambik ubat dengan makan supplement? ubat la jugak tu!?

Di sinilah ramai yang silap! Ubat digunakan untuk penyelesaian jangka pendek, cepat.. dan anda terus rasa lega, tetapi berisiko untuk terjangkit penyakit lain pula!. Sebaliknya supplemen pula mengambil masa yang agak lama untuk serasi dengan badan, kemudiannya bertindak untuk memulihkan sel-sel badan agar kembali beroperasi secara optimum dan tiada kesan sampingan, malah jika diambil over-dose pun tidak mendatangkan apa-apa masalah! Dari penerangan ringkas sebegini, agaknya mana satu pilihan kalbu?

Apa punca Asma?

Menurut babycenter, Asma adalah keradangan tiub respiratori kecil (bronkiol) paru-paru. Jika bunyi berdehit itu berlaku dengan kerap tanpa kehadiran selesema, sudah masa untuk berjumpa dengan doktor anda. Bujyi berdehet bagi bayi, mungkin disebabkan saluran udaranya yang tersangat kecil. Ini membolehkan bunyi berdehit yang sebenarnya bukan asma.

Diingatkan, doktor hanya boleh membuat diagnosis asma dengan yakin apabila mereka dapat melihat satu pola simptom bagi satu jangka masa yang agak panjang.

Asma bagi kebanyakan kanak-kanak dan dewasa adalah reaksi terhadap pemicu tertentu. Contohnya seperti  asap tembakau, bulu haiwan kesayangan, spora kulat, kutu habuk, atau debunga (walaupun infeksi respiratori dan bersenaman dalam udara sejuk boleh juga mencetuskan serangan).

 

mealshake-testimonial.jpg

Benarkah yang dikatakan batuk, selsema, demam tanda-tanda Asma menyerang anak kecil? Doktor sekarang yang lebih prihatin dari mahu menjual ubat akan menasihatkan ibu bapa agar tidak memberikan ubat batuk kepada kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah. Apa yang mereka katakan ialah pengambilan ubat batuk di usia muda boleh mendorong kepada penyakit Asma! Batuk, selsema dan demam mungkin boleh menjadi tanda-tanda anak mengidap Asma, tetapi ia bergantung kepada keadaan. Kita perlu lebih perihatin kepada batuk anak-anak itu sendiri.

Ada pengalaman customer saya yang menceritakan bagaimana anaknya diserang Asma hanya selepas meminum ais!

Bolehkah Asma dipulihkan sama sekali?

Asma ialah penyakit berlarutan (kronik), dan tiada ubat yang boleh menyembuhkannya buat masa sekarang. Namun begitu, asma boleh dikawal dengan ubat-ubatan, dan dengan mengurangkan juga pendedahan kepada pemicu tertentu seberapa yang boleh.

Jika anak anda menghidap asma, ini tidak seharusnya menghalang dia daripada menjalankan senaman dan mengikuti gaya hidup yang sihat dan aktif. Ramai kanak-kanak akan pulih daripada asma setelah membesar, atau penyakit itu menjadi semakin kurang teruk apabila mereka lebih tua.

Kenapa penyakit Asma semakin meningkat?

  • Pengindustrian, rumah bercirikan smart energy dan pembasmian kebanyakan penyakit kanak-kanak, seperti campak dan beguk, mungkin boleh disalahkan juga.  Cuma perhatikan gaya hidup massyarakat kini:
  • Kita lebih banyak menghabiskan masa terkurung dalam rumah-rumah cekap tenaga.
  • Udara dalam rumah yang dipenuhi dengan alergen, seperti kutu habuk atau bulu haiwan kesayangan juga boleh menjadi punca penyakit Asma semakin meningkat.
  • Sistem imun, yang semakin giat melawan alergen di udara
  • Mungkin juga sistem imun bertindak balas tagresif terhadap sesuatu alergen.

 

Anak yang masih kecil tidak dapat membezakan samada mereka sedang sakit, ataupun sihat, maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka terhindar dari pelbagai penyakit. Kadar serangan Asma yang  meningkat  merupakan salah satu penyakit yang boleh dielak, dengan menggunakan ilmu, insyaaAllah :)

Set cadangan Shaklee untuk mengelak serangan batuk, selsema dan demam (yang mana, apabila berlarutan, dikhuatiri boleh menyebabkan Asma) adalah seperti berikut;

Mealshake – mengandungi multivitamin penting,

Omega Guard – Menguatkan imunity

Chewable Vitamin C – Bekalan vitamin C yang penting untuk badan.

 

Mahu mencuba?

Hubungi saya segera!

YEEN

SID 913391

Tel (WA) +6012 2151970

Tel (Doha) +974 55022452

yeen@sukavitamin.com

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge