sukaNYA 10 amalan semasa haid bagi fit&stylo muslimah mencari lailatulqadar

sukaNYA 10 amalan semasa haid bagi fit&stylo muslimah mencari lailatulqadar

Jangan sedih-sedih kalau anda tiba-tiba haid dipenghujung Ramadan! Kita kan Fit dan Stylo muslim, banyak lagi cara amalan yang boleh dibuat untuk teruskan perjuangan mencari malam lailatulqadar insyaaAllah. Aku terjumpa satu entri di blog ni yang sangat detail tentang amalan-amalan yang boleh kita cuba lakukan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Termasuk untuk orang-orang uzur dan tidak berkemampuan untuk melakukan solat Aku sangat berterima kasih atas perkongsian.

Bagaimana menjadi Stylo muslimah

Bagaimana menjadi Stylo muslimah

Lepas tu aku cuba mencari amalam untuk fit & stylo muslimah yang tiba-tiba datang haid, macam mana? Takkan nak tidur je? Ruginya, what if ini Ramadan yang terakhir? Tinggal berapa hari je lagi. Banyak aku google dan cari, dan salah satu yang best aku jumpa diblog ni, aku nak turut senaraikan, so senang nak rujuk sama-sama. Islam itu kan mudah (Note: Aku bukan ustazah! Jadi betulkanlah kalau salah)

1. Berdoa

Doalah apa saja. Kita digalakkan untuk banyakkan berdoa, kot kot lah terjumpa malam LailatulQadar, memang mustajablah! Berdoa dengan ikhlas. Masa yang paling-paling best lepas berlalunya separuh malam. Macam yang aku faham selepas 12 tengah malam waktu Malaysia. So, banyakkanlah berdoa :) Kalau nak doa yang specific untuk malam Lailatul Qadar, boleh rujuk di blog shafiqolbu, memang lengkap.

waktu-waktu mustajab doa

waktu-waktu mustajab doa

2. Istighfar

Cuba cabar diri untuk beristighfar 1000 kali, ada kot dalam 30 minit. Boleh rujuk gambar sumbangan shafiqolbu untuk bacaan. Kalau gambar kurang jelas, boleh visit blog dia :)

lailatul-qadar-istighfar-zikir-sq

Gambar sumbangan shafiqobu

3. Berzikir

4. Bertakbir

5. Bertasbih

Gambar sumbangan saifulqolbu

Gambar sumbangan saifulqolbu

6. Berselawat ke atas nabi Muhammad SAW.

7. Mendengar bacaan Al-Quran

Dalam youtube banyak orang share! Yang aku paling suka ialah bacaan dari Sheikh Mishary Rashid. Sedap dan menusuk kalbu..hiks.

8. Menghayati pengertian atau tafsir Al-Quran

Banyak sebenarnya boeh jumpa di youtube channel. Personal favourite aku, dari Nouman Ali Khan. Penerangan dan contoh yang dia bagi memang terbaik.

9. Membaca buku-buku agama

Masa ni boleh cuba baca buku-buku agama untuk menambah ilmu dan mendatangkan keinsafan kepada diri. Kalau tak pun, boleh dengar ceramah-ceramah agama dalam youtube. (Tahu sangat kes-kes orang susah nak baca buku cam aku haha)

Menghadiri majlis ilmu juga bagus sebagai amalan di bulan Ramadan

Menghadiri majlis ilmu juga bagus sebagai amalan di bulan Ramadan

10. Muhasabah diri

Nak musarawak pun bolehhhhh.. haha

—————–

Jom cuba yang terbaik and leave the rest for HIM to decide. be fit&stylo muslim :)

sukaRUN in Ramadhan

 

Comments

  1. haid pun tidak akan menghalang kita untuk beribadah..
    mrhanafi recently posted…Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu TerbongkarMy Profile

  2. alhmdulillah..selain solat, byk amalan yg boleh wanita haid lakukan pada mlm2 ramadhan

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge