Tak sukanya 7 Ketakutan Tentang Larian

Tak sukanya 7 Ketakutan Tentang Larian

Memang, bukan semua orang setuju untuk berlari, saya juga salah seorang dari mereka suatu ketika dahulu. Ada bermacam-macam perkara negatif yang saya fikirkan tentang larian, yang pasti, suatu ketika dahulu, saya fikir, larian tiada memberi faedah yang jelas kepada saya. Tetapi, saya sangat bertuah, kerana mempunyai suami yang sangat perihatin tentang kesihatan diri dan kehidupan secara aktif. Jadi, pandangan negatif saya sedikit-sedikit berjaya diubah.. Berlari ini 90% datang dari kekuatan mental! Jadi sangat-sangat perlu untuk kita mengasah mental agar kuat dan sihat positif! :)

run-a-marathon-LOL

Apakah ketakutan biasa seorang pelari? Jawapan yang paling terbaru saya terima, ketakutan nombor 7, tapi mungkin anda rasa yang lain-lain lebih relevant. Jom kita cuba sama-sama semak..

1.Persepsi yang salah tentang larian

Saya pasti, lain orang lain persepsi tentang larian. Ada orang yang apabila di ajak untuk mengikuti sesuatu acara suka-suka, akan terus melompat untuk cuba. Ada orang yang akan membuat kajian terperinci sehingga ke tahap, apakah kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi jika dia teruskan. Mereka cukup berhati-hati dalam membuat apa-apa keputusan. Masalah mereka yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan ini ialah, mereka akan dapati, hasil kajian mereka akan cenderung kepada perkongsian negatif yang membuatkan mereka menjadi takut. Nanti lutut kau haus! Kata seseorang..

Lari boleh bawa maut! Terus google headline surat khabar yang mengatakan berita kematian pelari marathon berhampiran garisan penamat. Ini sengaja diperbesarkan oleh pihak media, walhal peratusan kematian apabila dibandingkan dengan jumlah yang telah selamat berlari melepasi garisan penamat dengan selamat adalah sangat jauhhhh berbeza!

2. Suara kecil menghalang

Diri kita sendiri mempunyai suatu suara kecil, yang apabila tidak dilatih, memang kebiasaannya akan menjatuhkan diri. Suara ini sentiasa dengki dan memberikan alasan-alasan negatif agar kita tidak teruskan, Apabila kita mula semangat mahu melakukan sesuatu perubahan, pasti terdengar suara kecil yang tergelak dan mengatakan ‘Ala hangat-hangat taik ayam je kau tu’. ‘Nak buat apa susah-susah berlari?’.

Mulalah suara kecil ini akan mempersoalkan keadaan fizikal diri sendiri, seperti terlalu gemuk atau terlalu kurus. Dah kurus kenapa perlu berlari? Ok what?

Itulah persepsi yang paling salah! Kita bukan semata-mata aim pada rupa paras fizikal, sebaliknya adalah betapa ‘fit’ diri ini. Tetapi ‘fit’ juga bukanlah target semua orang, ada yang target lebih kepada sosial, maka masa larian bukanlah target pencapaian utama, tetapi lebih kepada kepuasan untuk berjaya menghabiskan cabaran bersama peserta-peserta lain.

Habiskan larian adalah suat nikmat peribadi!

Habiskan larian adalah suat nikmat peribadi!

3. Tiada keyakinan diri

Takutla.. macam susah je lari jauh-jauh ni? Selalu lari 10 minit pun dah penat! Macam mana nak lari 1 jam? Ramai mungkin mempunyai masalah ini. Tidak yakin yang dirinya mampu untuk berlari juga. Sebab itu, belum pun mencuba, mereka terus menolak. Tidak mahu kerana tak tahu. Sayang, you are missing on a lot here :)

Setiap manusia sebenarnya mempunyai potensi diri yang belum dicungkil keluar. Selagi mana kita tidal mahu mencuba untuk keluar dari zon selesa, selagi itu, kita akan terus merasakan diri ini tidak cukup hebat untuk apa pun benda. Tidak pernahku termimpi untuk berlari tanpa henti sejauh 21 km, hei.. 5 km pun tak pernah ku mimpi! Tapi, Alhamdulillah, apabila aku cuba dan usaha, tidak disangka-sangka berjaya! Anda mungkin orang yang seterusnnya 😉

PelariStyloYo sukaRUN!

PelariStyloYo sukaRUN!

4. Busy Busy Busy

Tiada masa dan tidak mahu meluangkan masa. Masa terluang yang ada lebih gemar digunakan untuk aktiviti yang santai dan tidak memenatkan badan seperti melepak di kedai kopi atau jalan-jalan di dalam shopping mall. Budaya ini memang sinonim, bak di Malaysia atau di Qatar sekali pun. Apa kata kita ubah dan cuba? Bagi masa.. anda mungkin akan akhirnya jatuh cinta seperti saya.

Seperti semasa bekerja, hampir setiap hari aku akan busy. Semua di pejabat turut busy! Sangat susah untuk berjumpa yang tidak busy. Jadi, satu saja cara untuk mendapatkan kerjasama semua adalah dengan pertemuaan paksaan. Sama seperti berlari, kalau betul kita mahu ubah kehidupan kita, apa kata kita cuba dulu untuk paksa diri sendiri? Beri masa, ya setahun dua mungkin agak lama, tetapi jika dilakukan bersama orang yang tersayang, ia akan dirasakan seperti satu pengikat hubungan yang sangat berbaloi..  I know, I have done and feel that 😉

5. Anak masih kecil

Ibu-ibu biasanya akan menggunakan alasan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Tidak boleh ditinggalkan pada sesiapa. Tidak boleh berenggang kerana kesian. Tahukah anda, terdapat banyak contoh ibu-ibu yang sanggup berkorban dan terus-terusan mencari jalan untuk berlari? Ada yang berkorban wang dengan membeli baby jogger untuk digunakan untuk berlari dan dalam masa yang sama tidak mengkompromikan masa untuk bersama bayi kesayangan. Baby jogger mungkin mahal, tetapi ada saja cara, boleh beli yang terpakai atau pinjam. Kan?

Ada yang mengorbankan masa dengan bergilir-gilir dengan suami. Apabila suami sudah kembali ke rumah, pantas ibu-ibu gigih ini akan mengambil sedikit masa untuk berlari pula. Tidak perlu pergi jauh, lari di keliling rumah juga sudah cukup bagus untuk meneruskan momentum! Sebab itu, jika suami dan isteri sama-sama ‘sporting’ dan mempunyai minat yang sama, lebih mudah untuk bekerjasama dan berkompromi.

6. Takde kawan nak lari sama

Ok, ini saya pun selalu ada masalah. Nak lari, kena ada kawan sama-sama atau saya akan mula rasa malas. Sebab itu, sangat disarankan agar pelari-pelari baru (beginner) mencari kumpulan pelari untuk sokongan. Jangan risau dengan tahap kelajuan, kerana itu bukanlah satu-satunya target untuk setiap orang! Group PelariStyloYo memang sangat sesuai dengan kami, kerana kebanyakkan mereka adalah kawan rapat yang mempunyai mentaliti yang sangat positif dan kuat. Lagi satu penyebab utama group ni best, ialah sebab pasangan masing-masing turut sama-sama berkecimpung, samada secara tetap atau sambil-sambil.

Tetapi, janganlah jadikan tiada kawan untuk berlari sama sebagai alasan kita selama-lamanya.. ada masa, sesuatu itu perlu dilakukan sendirian. Tidak perlu tunggu orang 😉

Berlari keseorangan

7. Mahal la kos lari ni

Dari hasil ‘survey’ baru-baru ini, ada yang mengatakan larian ini dirasakan mahal. Mungkin kerana tengokkan group kami yang memang kebanyakkannya mendaftar untuk berlari di merata-rata tempat di dunia ini. Jangan panik! Ini bukanlah suatu kemestian! Ramai lagi geng PSY yang lain yang berlari hanyak di local event. Local atau International bukanlah pengukur pada pencapaian. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Sekali lagi aku tekankan, target berlari itu adalah mengikut individu itu sendiri.

Secara peribadi, aku memilih untuk mendaftar larian antarabangsa untuk jarak yang jauh kerana aku memang mahu mengambil peluang melancong sambil berlari. Ia bukan suatu kemestian, tetapi lebih kepada memberi motivasi kepada diri :) Kalau setakat di local, aku hanya mahu berlari paling jauh 10 km race, no more! 😛

Kasut berlari mahal?

Kasut berlari mahal?

Ada juga mungkin berpendapat, berlari itu mahal dari kos untuk membeli gadget-gadget larian seperti kasut, jam, baju dan seluar. Kerana aktiviti larian yang semakin mendapat perhatian, pakaian merupakan yang paling kerap dibeli. Yelah, ada instagram, fb bagai, mestila setiap kali berlari nak gamba yang lain-lain ye tak? Well, beauty ain’t cheap 😀 but then again, it’s your choice.. tiada siapa paksa anda berbelanja.. berlari keliling rumah sudah pasti tidak memerlukan sebarang kos bukan?

Apa-apa pun ketakutan kita, tiada yang mustahil untuk diatasi di dunia ini. Keyakinan dan usaha adalah kunci segala-galanya.. kemudian, tawakallah!

 

-yEEn-

love.live.RUN!

Comments

  1. Kadang-kadang ada alasan yang logik..kadang-kadang ada alasan yang sengaja dibuat-buat..bagus apa berlari ni..sihat jantung dan sihatkan tubuh badan..
    Hafizul recently posted…Luka DilukaiMy Profile

  2. Memang berlari tu best, tapi bila lutut sis ni dah kong terus doc suh stop (bukan alasan ni,hehehe)..berjalan je ok kat park
    Hanny Abdullah recently posted…Alpha Lipid Lifeline Minuman Sarapan Untuk KesihatanMy Profile

  3. It is really a nice and useful piece of info.
    I am satisfied that you just shared this useful
    info with us. Please stay us up to date like this.
    Thanks for sharing.
    jual abon ikan recently posted…jual abon ikanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge