Tak suka 7 jenis kecederaan berlari jarak jauh (part II)

Tak suka 7 jenis kecederaan berlari jarak jauh (part II)

Wah, dah serupa doktor aku kan. Takpe, demi perkongsian bermakna dengan kawan-kawan, aku nak kita sama-sama kenal dan cuba elak ;). Ok, bersambung dari entri semalam, kenali 7 jenis kecederaan common berlari marathon. Lagi kecederaan yang biasa berlaku menurut Runner’s World ialah :

4.  Plantar Fasciitis

Nama macam canggih kan. Ini sebenarnya nyeri di bahagian tapak kaki yang di sebabkan peradangan pada plantar facia, aitu jaringan yang berada di bawah kaki yang menyambungkan tulang tumit pada ibu jari kaki. Pelari yang mempunyai gerbang tapak kaki yang tinggi atau rendah adalah lebih berisiko kerana kedua-dua jenis kaki ini menyebabkan platar facia meregang jauh dari tulang tumit.

Foot Acrhes for runner

Jenis-jenis kaki pelari: gamba credit to jennfitcouture.com

Punca lain ialah pronation melampau atau menambah jarak larian secara mendadak. Berdiri terlalu lama di atas permukaan keras tanpa penggunaan kasut yang menyokong turut mengeruhkan keadaan. Cara mengatasi ialah dengan senaman dan berehat secukupnya dari berlari. Kombinasi larian dan berenang boleh mengelakkan tekanan pada tapak. Penggunaan kasut yang sesuai turut memainkan peranan.

5. Shinsplints

“Shinsplints” adalah kesakitan di bahagian tulang tibia yang mungkin berpunca dari aktiviti berlari secara berlebihan terutamanya di atas permukaan keras. Apabila mengalami kesakitan ini, anda perlu berehat dari berlari untuk beberapa hari agar ia tidak berlarutan. Kemudian, barulah menambah kembali jarak larian secara berperingkat.

 

shinsplint runners

shinsplint

6. Iliotibial Band Syndrome (ITBS)

Seperti ilustrasi gambar dibawah, itulah Iliotibial (IT) yang terletak dari pangkal peha ke lutut. Apabila kita berlari, IT band ini akan bergeser dengan tulang femur, yang boleh menyebabkan kesakitan. ITBS mungkin juga disebabkan overpronate. Jika pergerakan pinggul tidak dikawal dengan betul, IT band akan menegang semasa berlari, yang menyebabkan kesakitan. Pelari dinasihatkan berehat untuk beberapa hari dan mengurangkan jarak larian.

Sindrom ITBS (Iliotibial Band)

Iliotibial Band Syndrome (ITBS)

7. Stress Fracture

Latihan berlebihan boleh menyebabkan stress fracture. Tulang kita memerlukan masa rehat untuk membina. Jika kita tambah masa, tahap kepayahan dan kekerapan berlari, tulang kita mungkin tidak sempat untuk dipulihkan secepatnya. Pelari kebiasaannya mengalami masalah ini di bahagian tibias (shin), metatarsals (kaki), atau calcaneus (tumit). Tetapi ia bukanlah kecederaan yang serius. Apabila terkena, pelari perlu berehat 8 ke 16 minggu! Senaman dan pemakanan untuk kekuatan tulang adalah sangat penting. Sambil-sambil tu, jangan lupa la untuk ambil supplement kalsium terbaik seperti yang sisarankan kami 😉

Ok sekian dulu untuk perkongsian hari ini. :D. Di harap kita semua dapat kurangkan risiko injury dan boleh berlari FREEEEEE!

Say Aii #sukaRUN !

-yEEn-

Trackbacks

  1. […] Klik sini untuk baca sambungan kenali 7 jenis kecederaan common pelari jarak jauh. […]

  2. […] Yang mana, sangatlah memberikan penyesalan yang tak terhingga! Aku yang baru saja nak pulih dari injury, terasa agak saspen. Dah seminggu lebih berehat dari […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge