sukaNYA 5 tips kekal Fit walau berpuasa di bulan Ramadhan

sukaNYA 5 tips kekal Fit walau berpuasa di bulan Ramadhan

Sindrom pelari kemurungan selepas Marathon

Tak lama lagi Ramadan akan tiba. Rasa tak sabar sangat, sebab aku memang jenis suka berpuasa, walau bukan di bulan Ramadhan hehe. Sejak ‘berehat’ dari trip Madrid Marathon, sejujurnya aku agak ‘depress’. Memang sebijik macam coach Sarah cakap, biasanya orang yang lepas habis race akan depress sebab dah training berbulan-bulan, lepas race, dah takde training, rasa macam lost, takde hala tuju, tak tahu nak buat ape. So coach Sara cadangkan untuk fokus pada hobi-hobi lain sementara proses pemulihan, macam hobi memasak ke, kumpul stem ke. šŸ˜›

Tips 1: Cari mojo untuk fokus pada fitness

Antara tanda-tanda kita kurang fit ialah bila minda kita juga mula lemah. Sebab tu agaknya bila aku makin malas, nak fikir pun agak kurang kretif. Tapi nasib baik la aku ada blog dan fbpage sukaRUN ni, boleh jugakla aku fokus sikit pasal kesihatan. Tapi hari ni, aku terasa yang aku perlu buat sesuatu yang lebih luar biasa, tak boleh membiarkan badan terus lemau. Senaman sendiri-sendiri macam Zumba dekat rumah masa time panas-panas ni memang best, tapi itula, bila buat sendiri-sendiri, memangla takkan displin, sekejap buat, sekejap malas.

Jadi bermula Jumaat ni, aku tekad nak mula balik dengan latihan larian, takut kalau lama sangat tak berlari jauh, kaki jadi manja dan tak biasa untuk bulan Ogos nanti bila aku perlu mulakan latihan untuk New York Marathon. Lagipun puasa dah dekat, aku memang dah niat sepanjang puasa ni, taknak lemau-lemau, nak fit dan cergas untuk manfaat semua! Doakan ye kawan-kawan :)

Tips 2:Ā Pasang niat yang betul

Dalam pasang niat tu, hari ni dapat satu perkongsian yang sangat-sangat bagus dari productivemuslim.com 30 meal plan dan training plan lengkap untuk kekal Fit dalam bulan Ramadan! MasyaaAllah. Sebenarnya memang dah berniat nak buat entry sharing macam tu sepanjang Ramadan ni, dan Alhamdulillah dieorang dah buat dulu, maka kita manfaatkan sebaiknya :) Jom jom follow!

Cuba korang download dan tengok plan dia, lepas workout, dia mencadangkan minum samada smoothies atau protein shake! Wah sangat sesuai! Macam apa yang kami di sukaRUN amalkan! Tengok Mr Ai ni, semalam habisĀ kerja shift jam 10malam, stay up sampai subuh sebab takut terlepas, dan jam 4am terus keluar training untuk Duathlon! Gigih! Tapi kalau bukan sebab supplemet-supplement tambahan yang diambil, memang sah takkan mampu buat semua ni.

Tips 3: Pastikan makanan seimbang dan bijak

Tips Mr.Ai, lepas bersukan, ambil protein shake ESP, protein ni bukan sekadar nak kasi kenyang, tapi banyak manfaatnya seperti memperbaiki otot – make sure tak gelebeh, lebih kuat, barulah tingkatkan metabolisma so dalam masa membina otot ketak-ketak, badan yang ‘kelaparan’ akan terus cari sumber tenaga dengan membakar lemak-lemak lebihan, sebab tu baru boleh kurus dengan sihat, faham ke faham? šŸ˜‰

So, janganlah berlapar tak tentu hala, tapi berlaparlah secara bijak demi kesihatan bersama! Jom jadi Fit and Stylo muslim! Berpuasa pun tetap maintain bersukan dan melibat kali gandakan ibadah. Bercakap tentang Fit and Stylo, aku asyik tertangguh untuk update entry pasal seminar yang aku anjurkan. Aku kira perkongsian yang tak seberapa tu memang sepatutnya aku sharekan lagi demi manfaat semua. Ingatkan ok?

3 km run, 30 km bike, 3 km run (Training Duathlon mula jam 4 pagi)

3 km run, 30 km bike, 3 km run (Training Duathlon mula jam 4 pagi)

Tips 4: Displin mengikutiĀ meal dan training plan

Aku tau, aku faham, aku jugak macam korang. Susah, sangat susah nak istiqomah dalam mengikuti mana-mana latihan. Aku adalah tidak rajin, tetapi aku kena dan terpaksa merajinkan diri. Penatla dah pergi kelas sana sini nak tingkatkan kebolehan diri, alih-alih back to the old us, kan? Ada training plan, bukan untuk dijadikan wallpaper. Tapi sepatutnya dijadikan guide untuk to-do list. Displin!

productivemuslim-meal_training_plan_fit_ramadan

contoh meal & fitness plan Productive Muslim

Nanti sama-sama doakan aku sentiasa sihat dan rajin untuk berkongsi beberapa resepi smoothies sihat dan sedap untuk manfaat kita bersama ok? Sebenarnya, kalau korang rajin, cuba tengok, aku memang dah kongsi dalam ebook B.E.E the new you resepi-resepi smoothies ni sebagai bonus. So, downloadla.. memang aku sedekah secara percuma untuk semua :)

sukaRUN-weight-loss-program

Macam baru-baru ni di Qatar, Ustadh Nouman Ali Khan datang bagi ceramah tentang ‘Welcoming Ramadhan’. MasyaaAllah, memang best gile! Aku rasa macam sekejap sangat sesi perkongsian dia, macam tak cukup. Tapi antara yang menarik hati aku ialah bila dia cakap Ramadan ni ialah bulan dimana Allah mahu melatih kita untuk Taqwa, dengan mengarahkan kita semua latih hati kita untuk katakan tidak pada perkara-perkara halal yang pada bulan selain bulan puasa, macam makan, berjimak dan sebagainya.

Jadi bila sebulan ni kita berjaya habiskan ‘latihan’ ni dengan sebagus-bagusnya, kita boleh teruskan lagi 11 bulan untuk tahun itu tanpa apa-apa masalah. Kita kebal dari ‘godaan’ apa je pun yang mendatang, insyaaAllah. Dia kaitkan latihan ni dengan latihan fitness, sama contohnya bila kita mula-mula start training, ada rasa nak mati, tapi trainer kita yakinkan untuk kita push lagi, dan kita push, dan akhirnya bila dan habis latihan, kita pun nampak perubahan diri kita, dalam dan luar, barulah terasa nikmatnya. Kan?

Tips 5: Balik pada tips 1.

šŸ˜€ Sebab selalunya, modjo manusia ni susah nak kekal. Jadi sentiasalah berbalik pada tips nombor 1. Cari modjo untuk kekal fit. Sentiasa tengok orang-orang yang menginspirasikan kita. Dari kita buang masa lepak bincang masalah dunia, lagi bagus kot tengok balik masalah diri dan keluarga. Masa bulan Ramadhan la paling mudah nak perbaiki apa-apa yang lemah, sebabnya musuh no 1 kita dah diikat.. sama macam betapa terernya perokok-perokok tegar yang tup-tup boleh pulak kau stop merokok time puasa ek?

Renung-renungkan..

 

jom sukaRUN di bulan Ramadan!

Comments

  1. kalau masa bulan puasa, still running ke?
    farisya recently posted…#26: Cerita Post-NC ShakleeMy Profile

  2. wau best tips ni..

    Masa ramadhan tak boleh lemah lemah.. ken berusaha jugak kekal fit dan cergas ^^
    nida recently posted…PANDUAN MENGELAKKAN BERLAKUNYA BUASIR KETIKA HAMILMy Profile

  3. Memang berbeza rasanya bila Zarith minum ESP dengan tak, 2 kali pengalaman menyusukan dan mengandung semasa Ramadgan
    Ibu Zarith recently posted…Bagaimana Nak Tahu Braxton Hicks Adalah Tanda Palsu Nak Bersalin?My Profile

  4. salam ramadhan.

    rare kot tips 1 tu. mencari mojo hehe
    Uncle Zuan recently posted…Sedikit Peringatan Untuk Bulan Ramadhan Yang Mula IniMy Profile

Trackbacks

  1. […] sayang dan peluk erat lemak-lemak diperut itu. Kah kah kah. So, apalagi, sesuai sangat nak cuba meal dan training plan fitmuslim untuk Ramadhan yang aku share di entri lepasĀ ni. Resepi yang diberi pun semua takde […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge