5 snek sihat (Moreh) pembakar lemak sebelum bersenam selepas Terawikh di bulan Ramadan

5 snek sihat (Moreh) pembakar lemak sebelum bersenam selepas Terawikh di bulan Ramadan

Ok, dah masuk hari ke lima kita berpuasa, Alhamdulillah. Jumaat lepas, selepas terawikh, aku dan kawan-kawan positifku sempat berlari 6-10km di Aspire. Seronok sangat masa mula-mula sampai dekat parking tu, tengok banyaknya kereta parking! Maksudnya, ramai rupanya yang menjaga fitness dan kesihatan diri tak kira walau penat di siang hari berpuasa sekali pun. Tiada alasan.

sukarun_ berlari-dibulan_Ramadan

Follow our IG: sukarun_

 

Hari ni, duk godek-godek youtube, terjumpa satu perkongsian menarik yang aku rasa agak membantu kalau-kalau ada siapa-siapa yang terfikir nak makan something yang ringan-ringan untuk bantu bukan setakat bakar lemak dengan lebih optimum saja, malah bina otot juga. Jadi boleh ambil masa moreh selepas terawikh, agak-agak dalam 30 minit sebelum bersenam atau berlari.

Bagaimana membuang lipatan lemak di perut?

Mengikuti tips yang dikongsikan, cara terbaik untuk hilangkan lemak perut ialah:

Langkah 1#: Kenali punca apa yang kita lakukan yang menyebabkan lemak-lemak perut terkumpul

Langkah 2#: Berhenti buat apa-apa dilangkah 1!

Macam aku dah kongsi sebelum ni dalam entri berlari punca perut buncit, badan gemuk, apa yang menyebabkan terkumpulnya lemak-lemak di perut ialah hormon insulin yang bertindak serta merta dengan kandungan gula dalam badan! Apabila insulin tinggi, lemak terkumpul lebih banyak!

Insulin yang tinggi menghentikan hormon glucagon dari bekerja! Insulin menutup pintu pada sel-sel lemak, mengelakkan dari pembakaran! Apa Solusi? Makan berpada-pada, kawal kandungan gula! Cubalah 5 Snek sihat ini yang boleh kita amalkan kerana kandungan fiber, lemak dan protein yang mengelakkan kandungan insulin dari mencanak naik!

Top 5 makanan pembakar lemak (terutama di bahagian perut)

No 1: Seleri dengan mentega almond organik atau peanut butter

Seleri mengandungi Fiber & Nutrients (Kalsium dan Vit A). Hanya 6 calories sahaja bagi setiap batang. Keseluruhan kalori untuk kombinasi ini sangat rendah, tetapi cukup mengenyangkan dan melambatkan rasa lapar.

Seleri dan peanut butter

Seleri dan peanut butter gambar sumbangan fitbie.com

No 2: Epal dan Almond

Epal sangat bagus kerana kandungan gula yang tidak terlampau. Ia mengandungi fiber pectin yang melambatkan kemasukkan gula ke dalam saluran darah. Mengandungi vitamins, minerals dan antioxidants. Kombinasi dengan almond pula menambahkan sedikit kandungan lemak dan protein. Bermakna, melambatkan lagi kemasukkan gula ke dalam saluran darah maka mengekalkan tenaga berpanjangan dan mengelakkan kelaparan.

Epal dan Almond butter, gambar sumbangan: trailrunningchicks.com

Epal dan Almond butter, gambar sumbangan: trailrunningchicks.com

No 3: Protein Shake Soya

Pengambilan protein shake soya sebelum senaman menyokong pembakaran lemak. Ambil 30 minit sebelum senaman akan memberikan tenaga segera dan pemulihan dan perkembangan otot yang baik.

Bagaimana ia membantu?

  • Ianya mudah hadam.
  • Kaya dengan Arginine- amino asid yang terlibat dalam proses peningkatan pengedaran darah ke otot-otot dengan dialisis saluran darah.
  • Pengedaran darah maksima ke otot bermakna memaksimakan pembekalan nutrient, oksigen dan hormon ke otot-otot semasa bersenam. Dimana kita akan rasa lebih bertenaga, lebih mudah baik-pulih dan membina otot.

Triathlon-training-taking-ESP

Selepas bersenam, ada 3 jam masa yang digelar ‘Anabolic window’, dimana darah mengalir secara maksima kearah otot, meningkatkan pengedaran asid amino untuk proses pemulihan otot.

Pengambilan protein shake soya selepas workout bermakna kita membekalkan badan dengan asid amino yang mencukupi serta antioxidants yang diperlukan untuk memulih dan membina otot. Jika gagal ‘memberi makan’ pada otot semasa ‘anabolic window’ ini, kita berisiko untuk kehilangan otot!

Pilihan sukaRUN semestinya ESP – senang, sedap dan berkesan! Malah terbukti semulajadi dan selamat! Turut digunakan semasa berpuasa untuk mengekalkan tenaga berpanjangan di bulan Ramadan.

beli sekarang

Cuba ESP sekarang!

No 4: Berries (terutamya blueberries) bagus kerana ianya:

  • Phytonutrients
  • Antioxidants
  • Kandungan fiber yang tinggi
  • Kandungan gula yang rendah

 

snek-sihat-berries

Satu mangkuk berries dengan organic string cheese adalah sangat sempurna sebagai pre-workout snack kerana string cheese mengandungi:

  • 8 grams Protein
  • Lemak untuk mengawal kelaparan
  • 80 calories
  • Sumber Kalsium

No: 5 Turkey & Grapes

Yang bagusnya turkey ni ialah kerana ia antara sumber drotein daging putih yang rendah kalori. Contohnya 4 keping deli packaged turkey mengandungi:

  • 87 calories
  • More than 14 grams of protein
  • Selemium- Mineral penawar kanser
snek-sihat_turkey-slice-grape

Gambar: Pinterest

 

Satu cawan anggur mengandungi sedikit karbohidrat kepada campuran. Anggur merah dan ungu adalah yang tinggi kandungan antioxidantnya. Dengan mengawal kandungan gula dalam darah, kita akan mengawal zon kandungan insulin yang ideal, Kita akhirnya akan mengubah badan kita dari mesin penyimpan lemak kepada badan yang membakar lemak for breakfast!

So malam ni bolehlah cuba snek-snek cadangan ni selepas terawikh. Dari moreh kueh-kueh banyak gula menambah lemak di perut, baiklah bertukar kepada yang lebih sihat, so nak bersenam pun makin kuat dan cerdas. Tambah tenaga nak beribadah jugak insyaaAllah. 😀

 

-yEEn-

sukaRUN in Ramadan!

Comments

  1. uncle nak tau macam mana nak berisi?
    Uncle Zuan recently posted…Jom Bersedekah Walaupun SedikitMy Profile

    • Haha.. makan banyak la.. ade tips camni, kalau nak tambah berat.. makan macam biasa, lepas makan baru minum Protein shake macam ESP tu, then workout utk bina muscle

  2. niat hati nak jaga badan kurus semua tapi tengok makanan terus nak makan semua ni lah ujian puasa. hehe

  3. Bagus web awak ni.. Saya pasti akan datang lagi untuk membaca tentang kesihatan dan jogging..
    FAIRUS recently posted…TAHAP KELAPARAN YANG BERBEZAMy Profile

  4. Simple snek dan boleh cuba nanti dirumah…
    Sani recently posted…Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge