sukaRUN info: 5 kemungkinan penyakit semasa & selepas berlari Marathon & cara atasi

sukaRUN info: 5 kemungkinan penyakit semasa & selepas berlari Marathon & cara atasi

Ok, seperti yang dijanjikan di entri semalam, semasa kita berlari marathon, ada beberapa kemungkinan penyakit atau masalah kesihatan yang berisiko untuk menyerang. Kami di sukaRUN telah mengumpul maklumat dan tips-tips pencegahan sebagai persediaan pelari-pelari agar tidak terkejut kot-kot diserang nanti. Apa yang kami kongsikan adalah antara sakit yang paling-paling biasa menyerang semasa berlari marathon.

1. Sakit di ulu hati

Ada pelbagai kemungkinan punca sakit di ulu hati. Kalau kita tak jaga makan sebelum berlari pun mungkin akan rasa sakit di ulu hati. Pengalaman saya sendiri ialah sakit ni datag bila tak sarapan dan terus je pergi berlari. Memang sah-sah tak bagus untuk kesihatan!

Tapi apa yang di ajar oleh coach saya, untuk cuba mengatasi, cuba kawal pernafasan. Lebih elok jika kita boleh tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan secara kuat dengan satu hembus. Lihat video dibawah sebagai contoh. Ulang sehingga sakit itu hilang. Kalau tak hilang-hilang, sakit lain la tu gamaknya, berhenti berlari dan segera dapatkan rawatan!

 

2. Sakit perut: cirit-birit

Semalam seorang kawan pelari mengadu, sepanjang dia berlari habis semua toilet dia singgah dan tinggalkan kenangan. So, apa nak buat agaknya? Tips dari coach kami, pagi-pagi bangun tidur, terus buang apa-apa yang patut, kemudian makan 2 biji immodium. Ini ubat untuk tahan membuang. Kalau takde, boleh cuba bakar roti sampai hangus, dan makan. Sebab roti bakar hangus sebenarnya ada carbon yang bantu menyerap toksin-toksin yang menyebabkan cirit-birit dan mengeraskan kembali struktur najis.

3. Sakit betis: otot kekejangan

Ini memang biasa terjadi, nak-nak kalau kurang latihan. Sebab tu disarankan macam entri semalam, untuk minum air electrolyte sekurang-kurangnya sebanyak satu liter malam sepanjang hari sebelum race, untuk mengurangkan risiko kekejangan otot. Tapi kalau masa lari tu dah kejang, berhenti dan cuba sapu krim pemanas ditempat yang kejang. Cuba stretch up dan sambung berlari perlahan-lahan sehingga lega.

krim pemanas kegemaran sukaRUN

krim pemanas kegemaran sukaRUN : bawa masa lari

Sebaik saja habis race (dalam masa 30 minit), minum air protein untuk mengelakkan salah-pembakaran otot. Kemudian, disarankan untuk mandi ais. Rendamkan kaki dalam air yang diisi air batu untuk 10-20 minit, kemudian baru bilas. InsyaaAllah takkan kejang. Boleh juga urut kaki dengan minyak panas. 2-3 hari selepas race, cuba buat recovery run sejauh 3-5km.

4. Tapak kaki kebas

Ada beberapa kemungkinan. Salah satunya ialah kasut yang dipakai terlalu ketat. Seharusnya apabila memilih kasut larian, biarlah 1-1.5 size lebih besar (baca tips pemilihan kasut larian terbaik). Sebab lepas kita berlari jarak yang jauh kaki kita akan mengembang. Bila tak cukup ruang, mulalah rasa kebas dan sebagainya.

Kemungkinan kedua ialah, dehydrated. Boleh cuba tambahkan kekerapan minum air semasa berlari. Atau cuba minum air electrolyte jika ada disediakan.

5. Mata kabur, tangan kebas-kebas, awas itu tanda-tanda nak pitam!

Ada seorang lagi kawan pelari mengadu ada masalah selepas dia berlari di kilometer ke 6. Tangannya terasa mula kebas-kebas, muka terasa panas dan mata mula kabur. Awas! Ini mungkin tanda-tanda nak pitam! Berhenti berlari. Jalan jika mampu.

Bila check, rupanya beliau memang ada low blood sugar level. Apa yang disarankan dibuat ialah jaga pemakanan. Sebab orang yang low blood ni memang pembakaran gula dari badan lebih cepat berbanding orang lain. Jadi dengan segera, cuba makan gel energy seperti jenama Hammer untuk bagi injeksi gula segera. Kalau ada gula-gula pun makan segera!

Gear check untuk race Madrid Marathon esok!

Gear check : GEL Energy Hammer dibawa 1 tiup untuk setiap 1jam larian

Untuk pencegahan seterusnya, boleh cuba tambahkan iron atau zat besi dalam badan dengan mengamalkan supplement multivitamin Vitalea (klik untuk beli). Kebaikan zat besi ialah membentuk hemaglobin (tambah darah) dan mengelakkan keletihan. Dalam formula Vitalea turut mengandungi Magnesium yang bagus untuk kesihatan tulang, merehatkan otot dan sistem saraf dan mencegah tekanan dan diabetis dan bermacam lagi kebaikan lain.

 

Semoga bermanfaat.

Klik sini untuk tips persediaan sebelum dan semasa berlari half marathon.

 

sukaRUN mengikut kemampuan badan!

listen to your body.. jangan paksa berlari jika ada sesuatu yang tak kena.

Trackbacks

  1. […] akan mengulas lanjut tentang saranan bagaimana mengatasi masalah-masalah di atas di entry esok […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge