Kisah 5 Mommies SUKA-SUKA lari dari RUMAH!

Kisah 5 Mommies SUKA-SUKA lari dari RUMAH!

Dari jam 3 pagi mata aku dah terbuka luas. Terkebil-kebil seperti merasakan ada kerja yang perlu diselesaikan. Aku bangun sujud padaNYA. Alhamdulillah, sehari lagi dipanjangkan nyawa untuk meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Sebenarnya dalam kepala ni memang dah set, kena bangun jam 4 pagi untuk bersiap-siap ke rumah L sebelum azan subuh. Ape ke kerja gila pagi-pagi dah kacau rumah orang?! Haha

IMG_3479

Talk about kegigihan mommies-mommies

Mengikut training plan, minggu 5 sesi 3, kami perlu berlari 21km slow for long distance! Jadi, kalau ikut kiraan, untuk habis jam 8 lebih, kami perlu mulakan larian seawal mungkin selepas solat subuh. Kalau nak subuh dulu di rumah, baru nak keluar, memang ada risiko untuk mula lambat, jadi kami bersetuju untuk berkumpul terus sebeluh azan subuh di rumah L, lebih mudah, terus solat dan berlari dari rumahnya ke Aspire yang terletak hanya 2 km away.

Mommies lari dari rumah

Lari dari rumah

Ya, sememang gigih kami-kami ini. Terpaksa mencari jalan terbaik untuk laksanakan latihan. Bak kata my mentor ‘Orang yang Berjaya, dia mulakan sesuatu, buat yang terbaik sampai Habis!’. Jadi masa bukanlah satu halangan besar. Semuanya terletak pada minda dan kuasa tindakan. Selesai solat, berlarilah 4 mommies dari rumah L, bertemu dengan A di parking Aspire, kami teruskan larian.

RAK Half Marathon

Di masa yang sama, geng PelariStyloYo lelaki juga sedang berjuang di RAK Half Marathon (InsyaaAllah akan update entri penuh RAK HM nanti). Bagi 4 dari mereka, ini merupakan half marathon mereka yang pertama.Ras Al Khaimah, RAK ni terletak di UAE. RAK terkenal dengan ‘the fastest’ 21km race, kerana landasannya yang agak landai dan mudah. Tapi jangan salah anggap, 21km itu masih mencabar!

Selepas 2 jam lebih kami berlari, L yang kesakitan kaki sejak seminggu akhirnya mengambil keputusan untuk pulang selepas 15km, dia meneruskan larian ke rumahnya untuk melengkapkan 17km. Biarpun tidak habis 21km, aku masih kagum dengan kegigihannya menahan sakit untuk teruskan latihan. Power!

Seperti tak percaya baru lepas lari 21km

Hampir pengsan

Tinggallah 4 dari kami, mommies-mommies berlari menghabiskan 19km di Aspire, kemudian menyambung 2 km lagi kea rah rumah L. Ngam-ngam habis pusing kompoun L, kami tamat 21km di depan pintu rumah! Alhamdulillah! Tidak pernah terlintas di hati aku ni nak berlatih segigih ini. Untuk apa? Medal pun tarak!

Kerana komitmen.

Apabila kita sign up sesuatu race, kita seumpama telah menanam satu matlamat dalam diri, untuk pastikan kita push potensi diri ini keluar. Jadi, kita tidak mudah mengalah. Tambahan dengan support system dari kawan-kawan yang sama wavelength, insyaaAllah kita akan berusaha untuk menghabiskan juga. Tetapi, tidaklah sekadar menghabiskan seperti melepaskan batuk di tangga.

Sebab itu, kami tekad mengambil coach Sarah, mengenali diri masing-masing yang kadang-kadang agak suam-suam kuku, supaya kami lebih displin dan mencari jalan bukan alasan!

Geng lelaki PSY turut banyak memberi injeksi semangat untuk kami. Sorang-sorang telah buktikan ‘improvement’ menakjubkan selepas mereka serious dalam latihan. Kesemua mereka menembus rekod ‘Personal Best’ di RAK Half MArathon. Masing-masing Berjaya mencapai target. Syabas geng! Teruskan menginspirasi!

Pelaristyloyo #sukaRUN !

Pelaristyloyo #sukaRUN !

Kini aku lihat, semakin ramai orang mula suka berlari. Semua orang pasti boleh lakukan! Mulakanlah, dari keliling rumah, ke keliling DUNIA!

yEEn

sukaRUN!

 

Comments

  1. Wowww.
    Teruja dan memberi inspirasi.
    Semangat tinggi yang sangat bagus.
    Azeni Ahmad recently posted…Rambut Beruban Pada Usia Muda: Trend ataupun Bermasalah?My Profile

  2. wah gigihnya suka. suka.
    iyelah saya ni banyak sangat alasan.
    ok taman petang ni saya datang :)
    diana recently posted…Taip dan deleteMy Profile

  3. Kalau takda jiwa kental…dah lebur dah ni…Powerlah mommie-mommies ni..
    Sani Sini Sana recently posted…Fenomena Laut Biru Memukau di Hong KongMy Profile

  4. Lari jangan xlari.. yezza.. hehe..

    Pergh ~ kena tahan hati nak buka mata seawal pagi macam tu.. sebelum azan lagi tu.. huhu
    Aretikz recently posted…Tips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang BaikMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge