3 Tips bagaimana menjadi Stylo muslimah

3 Tips bagaimana menjadi Stylo muslimah

Ok semalam aku share pasal macam mana nak dapatkan Minda yang F.I.T. Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips, macam mana nak jadi muslimah stylo pulak.. :)

Kenapa nak jadi muslimah stylo? Kan ke kena berserdehana?

Frankly, bagi pendapat aku, tak salah nak stylo, bukan bertujuan untuk menunjuk, tapi sebenarnya untuk meningkatkan keyakinan diri dan sebagai dakwah halus kepada kawan-kawan muslimin lain yang mungkin belum terbukak hati nak berhijab dan menutup aurat.

Kenapa aku cakap macam tu?

Contoh, biasanya persepsi orang-orang tentang muslimah ialah, pakaian yang bosan. Berjubah, tudung labuh dan mengenakan warna yang agak dull dan bosan. Ini membuatkan ramai wanita-wanita yang mungkin ada tergerak di hati nak bertudung terus membatalkan niat mereka, kerana belum bersedia untuk berubah 360 darjah ke arah itu.

Aku tau dan faham, sebab dilema masa aku belum berhijab pun begitu.

Kombinasi warna lembut

Kombinasi warna lembut

Persepsi selalunya akan fikir, bosannya berhijab, buruk rupa paras dan dah tak boleh melawa. Lagi satu, fashion tudung-tudung yang ada di pasaran kadang-kadang tak banyak yang menarik, dan agak susah sebenarnya nak belajar kalau jenis shawl tu, nak kena tau cara melilit-lilit ke terutama sekali untuk newbies.

     How-to-style-with-hijan-azreenazmi-black-pink

Tapi sekarang Alhamdulillah, macam dengan terciptanya jilbab ilal jannah AzreenAzmi contohnya, seleksi untuk pemakaian tudung lebih mudah dan tetap maintain penampilan yang anggun.

Lagi satu, masalah para newbies ialah tak tahu nak fikirkan kombinasi tudung yang sesuai. So, hari ni aku nak share serba sedikit tips, macam mana nak jadi muslimah yang stylo, agar insyaaAllah kita dapat menarik lebih ramai kawan-kawan wanita muslim kita untuk sama-sama berhijrah :)

How-to-style-with-hijab-azreenazmi-pink-purple

Tips #1: Pemilihan warna

Dalam perkongsian harian di sukaSTYLO fbpage/insta ada disenaraikan warna-warna yang sesuai mengikut hari untuk aura tenaga yang bagus.

hijau-hijab-sesuai-digayakan-hari-Jumaat

Jumaat sangat sesuai dengan hijau

Contohnya:

Jumaat – disarankan untuk mengenakan warna hijau. So, contoh kombinasi boleh tengok dekat gambar-gambar contoh di bawah. Kena berani mecuba kombinasi warna, barulah rasa ceria.

Bagi yang sukakan warna-warna lembut, boleh cuba kombinasi warna, biar ada 2 atau 3 gabungan, barulah nampak lebih cantik dan stylo. Tapi jangan lebih dari 3 ok? Dah serupa sarkis kalau lebih hehehe.

Stylo-muslimah

Pemilihan warna garang – baju perlulah kurang garang!

Tips #2: Pemilihan hijab yang sesuai

Sebelum kita mengenakan tudung kita, perlulah tau dan sesuaikan mengikut keadaan. Kalau contohnya kita mahu bersukan, kenalah carik tudung sukan, yang tidak menyusahkan bila nak bergerak, betul?.

Contoh kedua, bila let say kita nak cepat, hanya nak pergi hantar anak ke sekolah sekejap. Malas kot nak pakai tudung lilit-lilit bagai, ambik masa dan tenaga. Masa macam ni, memang tudung sarung instantlah yang paling best.

How-to-style-with-hijab-azreenazmi-pakaian-pejabat-muslimah

Jilbab AzreenAzmi – sarung terus Stylo

Tips#3: Kombinasi pakaian yang sesuai dengan hijab

Ok, ini agak subjektif. Mengikut selera masing-masing. Tapi yang penting kita tahu dan cuba sebaik-baiknya untuk ikut guideline syariah. Baju yang tidak mengikut badan, seluar yang tidak terlalu ketat dan sebagainya. Sebenarnya, ada je cara Stylo untuk kita ‘longgar-longgarkan’ bahagian yang sedikit menonjol. Tapi kena berani explore la. Fashion is that: Berani membuat statement, asalkan ia mengikut syariah, why not? Nanti aku kongsi lebih lanjut, insyaaAllah.

Stylo-muslimah-dengan-jilbab-azreenazmi

Dare to be different dengan Jilbab Habibi Azreen Azmi – satu revolusi fashion muslimah

Ok, aku rasa cukupla perkongsian hari ni. Next entry insyaaAllah aku akan bincangkan cara nak stylekan hijab dan pakaian kita secara sederhana. Dan yang bestnya ialah jimat dan tak mengopakkan poket kita dengan konsep Mix & Match! Dan kalau korang tertanya-tanya mana nak dapatkan jilbab-jilbab macam dalam gambar ni, boleh tengok sukastylo fbpage atau instagram.

Stay tune!

sukarRUN for fit & stylo muslimah!

Comments

  1. sekarang dah macam2 fesyen muslimah, tapi perlu pastikan masih menutup aurat
    Raihanah Ahmad recently posted…Rahsia Kebaikan Dan Keistimewaan Vivix Yang Perlu Anda TahuMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge