3 senaman pengganti larian untuk orang yang tak SUKA berlari di bulan puasa? !

3 senaman pengganti larian untuk orang yang tak SUKA berlari di bulan puasa? !

Mungkin ramai di antara pelari-pelari yang tak sempat nak berlari di bulan Ramadan. Satu, sebelum berbuka, mungkin tak sesuai, atau kalau selepas berbuka, perut pula masih sebu. Kalau nak tunggu lepas terawikh pulak, mungkin rasa dah terlalu lambat sangat dan tidak rasa selamat. Jadi apa jenis senaman indoor yang sesuai untuk menggantikan larian?

1. Senam Robik

Seperti yang dikatakan di MayoClinic.com, senaman rutin aerobik meningkatkan kesihatan jantung, stamina, ketahanan dan turut bantu meningkatkan tahap kolestrol darah. Pilihan senaman banyak, boleh di buat bila-bila dirumah. Seperti yang aku dah cuba, hanya carik di laman youtube mana-mana video senaman yang ada untuk 30 minit ke satu jam, sudah cukup untuk mengeluarkan peluh!

Senaman Aerobik, Sumber Gamba: medimoon.com

Senaman Aerobik, Sumber Gamba: medimoon.com

2. Senaman dengan dumbbells dan Resistance band

Kita boleh cuba gunakan dumbbell dan exercise band untuk bantu senaman kekuatan dan kardio. Menggantikan larian dengan senaman resistance adalah bagus untuk mendapatkan kebaikan fitness yang tidak didapati menerusi larian. Organisasi seperti American College of Sports Medicine turut mencadangkan untuk menyelitkan senaman jenis ini sebagai rutin mingguan dengan menumpukan bahagian badan dari pinggang ke atas kerana ia tidak akan dapat diperolehi menerusi larian.

Gamar sumbangan: Shutterstock

Gamar sumbangan: Shutterstock

3. Melompat setempat

Senaman kardio yang boleh dibuat dimana saja. Macam budak-budak, jom kita main lompat-lompat setempat! Senaman yang nampak mudah ni, sebenarnya cukup untuk meningkatkan kekuatan jantung! Boleh juga diselang seli dengan permainan hula hoop dan lompat bertali menggunakan tali skipping. Kan bes, disamping mengekalkan kesihatan, ia mengembalikan keseronokan zaman kanak-kanak!

lompat-bertali

Hari ni boleh cuba! :)

sukaRUN in Ramadan!

Comments

  1. berpuasa pun tidak menghalang kita dari bersenam..
    mrhanafi recently posted…Kerja Separuh Masa Yang SantaiMy Profile

  2. Wajib mencuba ni untuk mengurangkan sikit berat badan ni, walaupun berat badan ideal dah pu..tapi nak nampak FIT!
    Noriza Rahman recently posted…Alhamdulillah, Sudah Berjumpa Pencuci Muka Yang Best!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge