3 hari detox plan untuk pelari yang nak kuruskan badan

3 hari detox plan untuk pelari yang nak kuruskan badan

Apa itu detox-metox?

Ok lately ni, banyak pulak orang duk promote pasal detoks sana detoks sini. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah bila dikatakan, salah satu punca seseorang tu dah bersenam bagai tapi tak turun-turun berat badan ialah sebab badan dah terlalu banyak racun atau toksin, jadi detok adalah satu jalan terbaik nak mengatasi.

Detok untuk kurus
Hmm, disebabkan terasa aku adalah salah seorang mangsa yang berusaha bersenam bagai nak rak tapi tak kurus-kurus, mungkin adalah lebih baik aku cuba je detox plan khas untuk pelari wanita ni, 3 hari je kot, no harm. Plan ni aku ceduk dari sini. Cuma aku buat entri dalam Bahasa melayu, kot-kot bermanfaat untuk rakan-rakan pelari melayuku yang lain ahaks. Tapi nak disclaimer siap-siap, aku belum cuba, masih considering.

Kebaikan & kepentingan detox untuk pelari

Tapi sebelum aku nak mula detox plan, nak jugak pahamkan apa sebenarnya detox ni, dan apa kebaikannya. Ok, senang cite, lepas dah baca-baca, detox ni sebenarnya bukanlah diet. Apa yang berlaku ialah, lemak digunakan tubuh untuk melindungi dari racun dan menciptakan kelebihan berat badan.

Bila diet dan bersukan, memang lepas tu kurus, tapi sebenarnya dah menambah kepadatan racun dalam badan, memungkinkan badan kembali gemuk kalau tak dijaga. Sebab kepadatan racun tu akan memacu tubuh untuk menghasilkan lemak, sekaligus membuatkan badan kembali berat. Arghh.. memang tensen baca fakta ni!

Perbezaan kurus dengan diet dan dengan detox
Tapi apabila detox dilakukan, ia membuang racun dari tubuh. Malah ia bantu membina otot dan membuang kelebihan lemak. Dengan detox, kita menjaga pengambilan nutrisi yang betul maka menjaga tubuh agar tetap sihat dan jauh dari racun! Hmm teori dengar agak memberangsangkan. Jom kita tengok 3 hari detox Plan tu!

Plan detox 3 hari khas buat pelari

Plan ni yang bagusnya ialah ia tidak terlampau strict (tiada jumlah maksima sayuran atau bijiran yang boleh dimakan dalam sehari) dan jumlah kalorinya adalah sihat, dalam 1800 sehari. Boleh dicuba bila korang takde plan berlari jarak jauh minggu itu. Apa yang penting ialah, banyakkan minum air (jumlah air ialah separuh dari berat badan dalam ounches)

Detox hari pertama

Seperti di dalam gambar, aku tulis apa yang disarankan untuk sarapan, makan tengahari, snek dan makan malam. Plan detox ini juga dilengkapi dengan resepi. Menarik juga tengok resepi, takdela plain gila.. siap ada jugak yang pakai santan, fuhh.

image

Hmm, apa pulak flax granola ni? Kalau ikut resepi, macam ni.

flax-granolaResepi Flax Granola

Detox hari ke dua

image

Detox hari ke tiga

image

Resepi untuk plan detox 3 hari khas untuk pelari

carrot-ginger-soupimage image Broccoli Soupimage

Ada terasa nak cuba??

sukaRUN dari keliling rumah, ke keliling duniA!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge